DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, September 12, 2011

Unjuran Jemputan Pertandingan Basikal dan Motorsikal Klasik di ADTEC Batu Pahat pada Ahad, 25 Sept. 2011


Salam Aidilfitri – Untuk makluman semua satu Pertandingan Basikal dan Motorsikal Klasik bersempena Hari Inovasi dan Kreativiti, Jabatan Tenaga Manusia akan diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, Johor. Acara ini dijangkakan akan berlangsung pada hari Ahad, 25 September 2011 bermula jam 9:00 pagi – 4:00 petang. Semua peserta yang berminat untuk bertanding diminta untuk mendaftarkan penyertaan selewat-lewatnya pada hari Khamis, 22 September 2011. Penulis difahamkan Pertandingan ini adalah Pertandingan TERBUKA yang bermaksud semua jenis basikal klasik/tua tanpa mengira ukuran dan jenis boleh menyertainya asalkan ianya basikal klasik. Tiada kategori khusus dipertandingkan oleh pihak penganjur. Berikut adalah maklumat penting mengenai acara tersebut.

PERTANDINGAN BASIKAL DAN MOTORSIKAL KLASIK Bersempena HARI KREATIVITI DAN INOVASI JABATAN TENAGA MANUSIA 2011

Syarat- Syarat Penyertaan

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemilik Basikal dan Motorsikal Klasik yang berada di Malaysia.

2. Pertandingan ini akan di adakan di PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT, JOHOR - Sempena Hari Inovasi dan Kreativiti Jabatan Tenaga Manusia.

3. Setiap penyertaan hendaklah didaftarkan mengunakan Borang Pertandingan yang di sediakan samada di hantar melalui Fax, Email atau Melalui Telefon seperti yang tertera dalam borang penyertaan.

4. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak basikal atau motor dengan syarat pendaftaran di buat mengikut bilangan basikal atau motor yang di sertai. (Satu basikal atau Motor satu pendaftaran).

5. Pendaftaran melalui kelab-kelab sangat digalakan kerana kelab yang menyertai paling banyak penyertaan akan mendapat piala khas iaitu piala penyertaan Kelab paling ramai bagi kategori Basikal Klasik sahaja.

6. Pendaftaran atau yuran penyertaan di kenakan sebanyak RM 1.00 setiap satu penyertaan ( Satu Basikal atau Satu Motor RM 1.00 ) pada hari pendaftaran.

7. Hadiah di sediakan dalam bentuk Piala iaitu tempat Pertama,Kedua dan Ketiga serta Sijil Bagi Kategori Basikal Klasik dan Motor Klasik.

8. Tarikh pertandingan ialah pada 25 September 2011 (Ahad ) mulai jam 9.00 pagi hingga 4 petang.

9. Tarikh tutup Penyertaan pada hari Khamis, 22 September 2011.

10. Semua Borang Pertandingan hendaklah di hantar kepada Urusetia pertandingan Hj Abdul Rahim Bin Md Tahir, PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT, JOHOR, Km. 8, Jalan Tanjung Laboh 83000 Batu Pahat, Johor atau dengan menelefon : 07-4287733 atau 019-7708439.

11. Pihak penganjur akan melantik juri bagi menilai keunikan Basikal atau motor yang menyertai pertandingan ini dan keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak di layan.

12. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini akan di sediakan makan tengahari secara percuma serta sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut sila terus hubungi Tuan Hj Abdul Rahim Bin Md Tahir di talian 07-4287733 atau 019-7708439 atau email aim8439@yahoo.com atau faks di 07-4285190

Sebagai Pencinta Basikal Tua Malaysia – Jom ramai-ramai ke Batu Pahat dan menyertai acara yang dianjurkan demi melestarikan warisan basikal tua di Malaysia. Pasti ramai sahabat-sahabat dan kolektor-kolektor akan hadir menyokong acara tersebut. Marilah kita hadir dengan membawa koleksi-koleksi basikal TERBAIK masing-masing untuk sama-sama kita berkongsi pengalaman kepada masyarakat dan komuniti basikal tua di Johor. Menang atau kalah bukan persoalannya tetapi yang penting PERSAHABATAN dan silaturahim harus kita PERTAHANKAN. Sekian untuk makluman bersama.

No comments:

Post a Comment