Suka kiranya penulis berbicara dan mengajak rakan-rakan onthelis Malaya khasnya untuk sama-sama meneruskan buruan khazanah yang tinggi nilainya ini. Posto...posto seperti pernah dengar ya tapi bila eks..... teriakkan tersebut begitu dinantikan oleh penduduk tanah melayu sekitar tahun 1800. Manakala perkembangan Pos Malaysia sekitar 1820 hingga 1990. Awal pernubuhannya hanyalah di beberapa negeri selat sahaja seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Dalam era perkembanganya perkhidmatan penghantaran surat dan kiriman hanya bersepeda sahaja. Kini sejarah dan peninggalan perkhidmatan basikal posmen telah lupus tetapi kaedah penghantaran kiriman menggunakan perkhidmatan posmen berbasikal diujudkan semula di sekitar Kuala Lumpur bezanya..... kenderaan yang digunakan merupakan kenderaan ( basikal,sepeda, gerek ) moden.
Sekiranya diamati dan difikirkan secara kasar berapa agaknya jumlah keseluruhan basikal posmen merah ketika era posto yang dulu begitu sinonim dengan kakitangan pos malaysia. Persoalannya KEMANA MENGHILANG KHAZANAH MALAYA yang tinggi nilainya ini. Kemungkinan jumlah yang masih ada hingga kini hanya boleh dibilang dengan jari. Hanya mereka-mereka yang tahu nilai sejarah dan nostalgia terhadap khazanah malaya tersebut terus memburu dan menjadikanya satu "collect dan see ". Tahniah penulis ucapkan kepada pemilik-pemilik sepeda posmen yang berjaya menjejaki dan memiliki khazanah yang penuh dengan memori, seterusnya memelihara dengan baik.
salam spjb.sepeda posmen masih ada di bumi malaysia.jenama seperti raleigh.phillips dan new hudson adalah jenama yg mengungguli sepeda posmen sebelum dan selepas merdeka.saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman yg pernah saya dan sahabat2 kst lalui.sepeda posmen dari jenis phillips sais 26x1/2 dgn stiker post adalah sepeda posmen yg amat payah di temui lagi.dari jenis iron 3023 sepeda posmen ini amat mantap.ada seorang dari kelantan masih menyimpan sepeda ini.jenis raleigh sais 26x1.1/2 dan 26x1.3/4 masih ada lagi.cuma tayar dan tiub nya agar sukar diperolehi kerana hanya kedai2 yg tertentu sahaja yg membaiki sepeda posmen ini.new hudson sais 28 masih ada dan new hudson keluaran batu 3 shah alam model tahun2 awal 70an dari cerita pengumpul sepeda ia nya masih ada dlm stor pejabat pos kuala lumpur.tapi tak tau lah byk mana.ada juga cerita yg saya dapat byk sepeda2 posmen ini telah di tendar kan pd kedai besi buruk di kuala lumpur.di kelang satu ketika dulu ada di jual sepeda posmen dgn harga cuma rm80 aje.ok next kst akan keluar kan artikel posmen utk di kongsi bersama dgn perminat sepeda
ReplyDeleteSalam Buat KST...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian maklumat tentang sepeda posmen.Saya akui saya sendiri dapat mempelajari lebih terperinci tentang sepeda berkenaan dari apa yang KST kongsikan. Diharapkan begitu juga dengan peminat sepeda yang lain, agar apa yang dikongsikan oleh para peminat dan mungkin pemilik sepeda posmen sendiri dapat dimanfaatkan bersama. Sekali lagi terima kasih kepada KST.