DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, April 29, 2010

UNDANGAN KAYUHAN 2 NEGARA


Salam Hormat untuk semua rakan-rakan Sepeda/Basikal Tua di Malaysia.
Pastinya Kelab/Persatuan Basikal Tua dipelusuk rantau Malaysia teah menerima undangan penyertaan dan sokongan dalam menjayakan Program K2N yang akan berlangsung pada 5hb dan 6hb June 2010 di Melaka.

Terima kasih KSTJB ucapkan khusus kepada KBTBB dan BM kerana sudi menjemput kami. InsyaAllah kami akan menyertai program berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap dunia perbasikalan tua. Hanya bilangan peserta saja yang belum diputuskan. Sedikit atau ramai penyertaan bukan menjadi ukuran terhadap sokongan kepada program tersebut.

KSTJB ingin mengajak rakan sepeda lain agar turut memberi sokongan kepada program yang julung2 kali diadakan tambahan program ini disertai oleh rakan-rakan sepeda dari negara jiran Indonesia. Pastinya mereka lebih banyak mengeluarkan belanja jika dibandingkan kita yang sememangnya berada di Malaysia. Sumbangan sebanyak RM 15.00 bagi setiap peserta juga telah dimansuhkan. Semuga kita dapat berjumpa di Melaka nanti.


1 comment:

  1. Salam sejahtera...salam K2N!

    Terima Kasih khas buat KSTJB kerana memang jelas dari mula lagi telah menyokong usaha murni acara K2N ini. KBTBB dan BM telah sedaya upaya membuat yang terbaik untuk menguruskan acara yang bakal diadakan pada 5 & 6 Jun 2010 nanti.

    Kami kini dalam usaha mendapatkan lebih banyak penaja untuk memberikan yang terbaik kepada peserta yang hadir. Yuran Pendaftaran RM15 telahpun dimansuhkan atas cadangan dari sahabat basikal tua tetapi sedikit dikesali kerana ada lagi yang masih "berkira" mengenai hal-hal "duit".

    Seperti yang dinyatakan Sdr. Mofti sahabat-sahabat kita di Indonesia mengeluarkan belanja yang besar (berjuta rupiah) untuk ke Malaysia. Adalah sangat-sangat memalukan bagi kita yang lebih berkemampuan ini untuk mengharapkan "subsidi" seperti duit minyak, tol dan duit poket untuk datang menyertai acara K2N.

    Saya sendiri menyertai acara Kayuhan "besar" dengan mengunakan duit poket sendiri, begitulah juga dengan sahabat-sahabat kita dari Indonesia. Bagi penulis Pemimpin dari kelab-kelab juga harus bijak membuat keputusan dan bijak mencari jalan. Itulah yang dilakukan KBTBB selama ini bersatu hati dan membuat "collection" dikalangan ahli-ahlinya tanpa mengharapkan 1 sen bantuan dari orang.

    Ringkasnya...kita harus mampu "keluar" dari kepompong dan mampu membawa ahli-ahli "keluar" mecari kelainan dan pengalaman. Janganlah dibatasi dengan masalah-masalah kecil dan berperangai kebudak-budakkan dan emosi. Kita hadir kerana mahu melihat "perubahan" dan menambah kenalan dan mahu maju dan berjaya.

    Kami amat berbesar hati menyambut sahabat-sahabat yang datang dengan penuh semangat persahabatan, ikhlas dan jujur pada diri sendiri.

    Terima kasih sekali lagi buat KSTJB.

    Ikhwan@BM.

    ReplyDelete