Monday, November 2, 2009

TETAP BERNILAI

Salam Hormat Untuk Semua...
Penulis ingin membuat sesuatu pembetulan berhubung maklumat jenama basikal yang diperolehi oleh Sdr Ajid yang dimuatkan didalam blog ini tempohari. Penulis menyatakan ianya dari Jenama BSA keluaran 30an sepertimana maklumat yang diperolehi dari pemilik hasil pengamatan beberapa rakan yang lebih lama berkecimpung dalam dunia basekal tua ini.

Menurut sdr apiz terdapat komen yang berbeza diantara kenyataan yang ditulis didalam blog ini dengan pandangan dari seorang peminat sepeda tua didalam Forum Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia.

Disini penulis sertakan pandangan dari seorang peminat sepeda tua dari ruangan FORUM KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA..

Salam,Buat saudara ajid dari KSTJB.Terlebih dahulu saya memohon maaf,sekirannya komen ini ada kepincangan.dari apa yang saya lihat,frame ini bukannya frame BSA seperti yang di tulis dalam blog KSTJB.untuk pengetahuan saudara,frame BSA mempunyai cop dibahagian shell bottom bracket berserta cop tulisan BSA timbul.contoh B.S.A berserta trade made Made In England.tiub didalam gambar ini amat berbeza dengan tiub BSA.Ada kemungkinan frame ini dari jenama Phillips kerana saiz seperti yang tertera ini bukan saiz frame BSA.Dari stem hadapan sudah menunjukkan yang frame ini hampir serupa dengan frame Phillips.Frame BSA keluaran tahun 30an,sebenarnya sudah ada emblem iaitu tembaga dan bukannya dari jenis loyang putih.dbahagian stem BSA terdapat lekuk yang terus kekal sehingga tahun 60an.Fork juga memainkan perana penting untuk mengenali sesebuah basikal.fork yang ada pada gambar ini bukanlah fork yang digunakan pada BSA.Fork ini sama seperti fork phillps,New Hudson & hercules yang berbentuk petak dibahagian atas.Fork BSA tajam kebawah.Fork leper keluaran tahun 30 & 40an. http://kpbkm.aimoo.com/Ruangan-Pertanyaan-Soalan-Jawapan/Perkongsian-Mengenai-Rangka-Basikal-1-181493.html

KSTJB ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih diatas perkongsian dari penulis forum yang tidak dinyatakan namanya tetapi penulis pasti ianya datang dari rakan sepeda yang telah lama berkecimpung dengan dunia sepeda tua ini. KSTJB juga mengalu-alukan pandangan dari rakan-rakan yang lain dalam membantu mengenal pasti basikal berkenaan. Penulis secara peribadi memohon maaf terhadap kesilapan yang berlaku dan sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan dikalangan peminat sepeda tua.

Thursday, October 29, 2009

LUSUH TAPI BERNILAI

Salam Hormat untuk semua...
Sekali pandang kelihatan seperti barang buangan yang tiada nilai baginya. Layak untuk dilupus atau dijual kepada pembeli besi buruk. Tetapi itu mungkin tanggapan sesetengah pihak yang tiada menaruh minat terhadap hobi basikal tua.
Bagi mereka yang telah jatuh cinta terhadap hobi mencari dan mengumpul basikal tua, ianya suatu yang cukup bernilai dan perlu dihargai. Apatah lagi sekiranya besi buruk tersebut adalah kerangka sebuah basikal BSA. BSA merupakan jenama basikal yang menjadi buruan para peminat basikal tua. Bagi mereka ianya menjadi satu kebanggaan andaikata dapat memiliki sebuah basikal tua berjenama BSA.

Menurut pemilik, rangka basikal tersebut adalah pemberian dari seorang sahabat karib. Pada awalnya beliau tidak pasti ianya berjenama apa. Tetapi setelah diperiksa bersama-sama rakan lain yang lebih lama berkecimpung dengan hobi ini, ianya merupakan basikal dari Jenama BSA dan mempunyai no pendaftaran 7259 keluaran sekitar tahun 1938.

Kepada pemilik "Besi Buruk" diharap bersabar dan berusaha keras untuk memertabatkan kembali basikal tersebut seperti keadaan asal. Memang agak sukar untuk memperbaiki dan meengkapkanya kembali. Perlu ada kesabaran, usaha yang tinggi , pengorbanan masa dan wang ringgit. Pastinya anda akan merasai kepuasan yang maksimum apabila dapat mengambalikan semula basikal tersebut kepada keadaan asal. Kepada Sdr Ajid, KSTJB mengucapkan tahniah kerana memiliki rangka basikal dari jenama BSA keluaran 1938. Doa kami semuga saudara berusaha keras kearah memertabatkan kembali besi lusuh tersebut.



Monday, October 19, 2009


Salam Hormat untuk semua....
Perkongsian seterusnya masih lagi berkenaan SADDLE BROOKS bahagian ke 2. Bagaimana SADDLE BROOKS diperbuat.
Bagi menggelakkan terdapat dua "sound" yang bertindan semasa video dimainkan, sila OFF kan muzik latar dengan menekan button "" pada radio disebelah site menu laman blog ini.

Tuesday, October 13, 2009

SADDLE BROOKS PART 1



Salam Hormat untuk semua...

Sebut pasal BROOKS, pastinya semua orang tahu. Terutama peminat-peminat Basikal Tua/klasik. Pastinya kita akan berasa gah sekiranya basikal tua yang dimiliki mempunyai saddle dari Jenama BROOKS. Tetapi tahukah kita, siapa pengasas sebenar saddle tersebut dan bagaimana ianya diperbuat. Sedikit perkongsian dari KSTJB untuk rakan-rakan Sepeda Tua berkenaan SADDLE BROOKS dan bagaimana ianya diperbuat.

Monday, September 28, 2009

RINDU PADA KAYUHAN

SALAM HORMAT UNTUK SEMUA....
Hari ini genap 10 hari kita merayakan Aidil Fitri. Tetapi masih belum ada sebarang pecetus dan pembakar semangat untuk KSTJB mengadakan kayuhan pemanas badan. Mungkin juga bahang Hari Raya masih hangat dirasai....dan mungkin juga kesuntukan masa untuk berkayuh sama.... atau barangkali terlalu banyak jemputan "open house" yang perlu dipenuhi. Walau apa pun alasan, kayuhan pelepas rindu perlu dilakukan walaupun hanya seketika untuk bersama sambil menikmati sarapan pagi. TAPI BILA TU ....!!!!

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDIL FITRI

Salam Hormat untuk semua....
Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan-rakan sepeda/basikal/gereks di Malaysia dan Indonesia. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan bloggers yang tidak jemu-jemu melayari blog KSTJB. Tidak dilupakan, rakan-rakan dari SEPEDA TUA JOHOR BAHRU yang selama ini bersama-sama melestarikan sepeda tua dan memberikan sokongan padu keatas kejayaan KSTJB.

Dikesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang kita bersama mahupun melalui alam siber ataupun beraktiviti bersama, terdapat sebarang kesilapan/kesalahan saya dari segi percakapan atau perbuatan yang disengajakan mahupun tidak. Semuga dengan kehadiran hari lebaran ini akan memberi nafas baru dalam kehidupan kita seharian. InsyaAllah.
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, DAN PATUHI IKRAR ANDA TERHADAP KESELAMATAN KETIKA MEMANDU.

Thursday, September 10, 2009

KSTJB MENYOKONG KEMPEN ROAD SAFETY

SALAM AIDIL FITRI untuk semua rakan bloggers dan para penggunjung semua. Sebagai pengguna jalan raya dan pemilik basikal tua yang sukakan ketenangan dan keamanan. Kami di KSTJB menyokong sepenuhnya kempen yang dijalankan oleh MALAYSIANS UNITE ROAD FOR SAFETY (MUFORS). Kepada rakan-rakan bloggers marilah kita turut serta menyokong penuh kempen yang dilancarkan pada 09.09.09 sebagai tanda keperihatinan kita terhadap keselamatan di jalan raya, terutama didalam musim perayaan yang akan datang. Sila suarakan sokongan anda di laman http://www.090909.org.my/



Sepeda Tua Johor Bahru turut tidak ketinggalan untuk menyuarakan IKRAR di MUFORS, anda rakan bloggers dan empunya sepeda tua yang lain seharusnya berbuat demikian sebagai tanda sokongan kita. TERIMA KASIH.