DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, September 1, 2009

APA ADA PADA SEPEDA TUA !!

SEPEDA TUA !
BASIKAL TUA !
GEREK TUA !
ANTIK ATAU KLASIK, TETAP DAH TUA...



Dahulu keperluan kini buruan. Apa unik dan bestnya pada khazanah tua nie. Banyak kenangan kot bersama sepeda tua waktu dulu-dulu. Masa belajar naik sepeda, bawak aweks naik sepeda, jatuh dari sepeda, kena marah ngan bapak curi-curi bawak sepeda dia. Tapi tak kan ler...sampai pegi jauh-jauh cari sepeda tua nie. NAPE EKS ! KONGSIKAN BERSAMA ..NAPE EKS. ANDA PASTI ADA JAWAPANYA.

12 comments:

  1. Kenapa saya suka basikal tua?
    Saya suka basikal tua sebab ia adalah lambang dan simbolik kepada sejarah, identiti dan asal-usul bangsa dan negara kita.

    Basikal tua menjadi lambang keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa. Nama dan reputasi jenisnya memberikan refleksi kepada status pemiliknya. Penggunaannya secara meluas pada zaman sebelum merdeka telah membolehkan bangsa kita
    mengenal erti kesenangan, kebebasan, dan kemerdekaan. Bagi sesetengah orang basikal diKAYUH untuk pergi ke sekolah dan menimba ilmu sehingga berjaya. Bagi tok nenek kita basikal itu umpama "Harley Davidson" sampaikan tak boleh disentuh kerana sayang dan susah untuk memilikinya.

    Bayangkan sebuah basikal pada tahun 50an berharga sekitar RM180 sebuah. Pendapatan pada waktu itu sekitar RM60-80 sebulan. Nak beli basikal pun kena "installment". Nah...secara logiknya kalau kita nilai darisegi "value" hari ini berapakah agaknya harga basikal tua itu?

    Bagi yang tahu "menilai" dan "appreciate the value" (menghargai nilainya) maka tidak
    hairanlah ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata mahu memiliki sebuah basikal klasik. Basikal klasik yang saya maksudkan yang cukup sifat dan masih terpelihara originalitinya. Tidak kiralah jenama atau merk apa? kalau hati dah tertawan... wang, masa, jarak dan apa sahaja sanggup dikorbankan.

    Teringat saya pada bidalan orang tua "Emas banyak...Mulut bacha...hati berani....senjata tajam" - Maksudnya kalau kita ada keazaman dan berkemampuan teruskan jer hobi ini - Sekianlah jawapan saya - Mykyocera

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Basikal Malaya.-(Mykyocera)Pendapat dan tanggapan tersendiri, tiada terpengaruh dari mana-mana cerita klasik mahupun moden. Beliau cukup menghargai nilai dan nilai tambah terhadap sesebuah basikal antik atau klasik.
    Bagi beliau masa dan wang ringgit bukan suatu halangan untuk merealisasikan impian memiliki "sesuatu nilai lambang simbolik sejarah, identiti asal usul bangsa dan negara kita"

    Minatnya umpama sebuah senjata tajam,...bak mulut yang banyak dan emas yang melimpah...hanya Mykyocera sahaja yang tahu maksud tersirat darinya. Terima kasih sekali lagi Basikal Malaya.

    ANDA BAGAIMANA..!

    ReplyDelete
  3. Memula sebelum kenal hobi ni mesti kita semau tak berapa nak perasan tentang kehadiran basikal ini,tetapi dalam pada tu ada juga yg masih menghargai dan mencintai hobi ni.sekali kita dah menceburkan diri dlm hobi ni baru la kita sedar tentang peri pentingnya kita memelihara khazanah yg tidak ternilai ni.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Sdr Ajid. Memang benar apa yang diutarakan oleh sdr.Ajid. Bak pepatah "Tak kenal maka tak cinta" tak gitu. Dah tercebur susah nak kebarat semula.

    ReplyDelete
  5. GB..

    Basikal tua banyak kenangan masa kecil saya,Contoh tersangkut kaki pada jejari basikal.Bawa lari basikal tokwan dan naik dengan kawan2.Tersadai dalam parit dan banyak lagi.

    Tapi kini basikal tua bagi saya adalah kegunaan harian.nak ke kedai,nak ke tempat keja (jauh tak lah),nak ke pasar malam,nak melepak dengan kawan2,nak mengorat awek (awek tak pandang),nak ke surau pun bawa basikal walau pun surau 50meter aje.

    BASIKAL

    Boleh
    Angkut
    Semua
    Ikut
    Kekuatan
    Alatan
    Lah....
    (agak2 lah kalau nak angkat barang sampai 1 tan)

    Hobi basikal tua nie banyak cabang....oleh itu jangan lah kita saling salah menyalahi sesama kita.FIKIR LAH......DAN RENUNG2 KAN LAH........

    ReplyDelete
  6. Tahniah GB, dan terima kasih atas tanggapan tuan terhadap BASIKAL. Banyak kenangan silam terhadapnya.

    Saya tertarik dengan maksud terhadap setiap huruf B.A.S.I.K.A.L sesuatu yang unik dan saya tak terjangka sebelumnya.

    Semuga ramai lagi peminat dan pemburu basikal tua tampil membuat tafsiran tersendiri tentang basikal tua. Terima kasih GB.

    ReplyDelete
  7. KELAB

    Karau
    Elimen
    Lelong
    Angkut
    Balik

    SEPEDA

    Semua
    Elimen
    Part
    Engkau
    Dah
    Ambil

    TUA

    Tegoh
    Untung
    Aku

    ReplyDelete
  8. Dasyat le ko GB. Memang sastera le ko nie. Ko dapat terjemahan nie masa ko masak bubur lambok ke atau waktu ko cari2 barang kat menara condong tu. Anyway TQ GB atas perkongsian tersebut.

    ReplyDelete
  9. Salam sume rakan sepeda.
    Kawan cuma nak tumpang menyebok je ni. kawan cakap menyebok sebab kawan cuma rakan sepeda yang takde sepeda, baik yg tua maupun yg muda. kawan nak criter skit pasal asal usul nama basikal dalam bahasa melayu. mana dtgnyer perkataan basikal tu. maklum la basikal tu dulu dulu bukan la buatan negara malaya. maap sdr mofti, ni ada skit panjang la citer kawan ni. al-kisah pada masa dulu, penjajah yg datang ke negara malaya ni bawa la basikal dengan menaiki kapal. maka setelah berbulan bulan belayar maka sampailah ke pelabuhan negara malaya. semasa si penjajah ni memikul basikal tersebut naik ke daratan... maka terlopong la mulut dan mata dan telinga mamat mamat negara malaya dengan pelbagai soalan bermain dipikiran. ape ke binatang yang di kendung oleh penjajah ni. maka dengan berani nyer seorang mamat malaya yang terkenal bijaksana bertanya pada si penjajah sambil mengetuk ngetuk basikal penjajah tersebut dengan keris beliau. soalan mamat ni berbunyi begini. "ini besi ke???" (sebut betul betul)dengan penuh yakin kerana menurut bunyi yang diketuk tadi. maka si penjajah ni dengan menepuk bahu mamat malaya tu sambil menjawab ya dan memuji muji mamat malaya yang sangat pandai kerana sudah mengenali basikal pertama yg dibawa masuk ke negara malaya. maka dari situ lah datangnya perkataan basikal dalam bahasa melayu dan bukan nya dari perkataan inggeris bicycle. ia nyer dari perkataan "besi ke?" (haa sebut betul betuul)sehingga la ke hari ini korang panggil dia besike? hahaha... sekian la saja criter kawan. ape pun korang nak ckp ni lawak bodoh ke lawak king ke... lu pikir la sendiri.....

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Mr.Cyfu kerana sudi memberi komen dan tumpang-tumpang menyebuk. Kami di KSTJB sedia maklum bahawa tuan merupakan rakan sepeda yang tidak memiliki sepeda tua. Tetapi itu bukanya suatu masalah untuk bersahabat dengan rakan sepeda. Kami di KSTJB sentiasa mengalu-alukan tuan dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala kerjasama yang diberikan kepada KSTJB.

    Tentang asal usul Basikal tu saya kurang faham sikit. Bukan tidak faham atas jalan ceritanya tetapi tentang sebutan Besi ke?. Memang dah sebut betul..betul..tapi bunyinya masih "besike". ..tak dapat "l" dihujungnya. Mungkin kalau ditekankan sikit perkataan BESI dan KE dilembutkan macam nak dapat. Macam tu ke....cyfu. Anyway TQ. Mungkin rakan lain boleh menyebutnya.

    ReplyDelete
  11. oooo sori sdr mofti... cerita ini saya dapat dari org pantai timur yg menyebut basikal tanpa ada bunyi l di belakang tapi dia org sebut besika... haaa lebih kurang la bunyinya tu...

    ReplyDelete
  12. Haaa... kalau loghat terengganu memang boleh dapat sebutan besika...

    Sepeda tua, basikal tua....sememangnya dah tua dari segi usia dan fizikal basikal itu sendiri. Ada diantaranya telah mencecah usia lebih dari setengah abad.

    Fizikal dan usia sepeda berkenaan sememangnya telah tua tetapi nostalgia/kenangan bersama sepeda berkenaan diketika era kegemilanganya masih lagi segar dalam ingatan, seolah-olah baru saja berlalu. Setiap kenangan tekala merasa menunggang sepeda berkenaan seperti baru saja berlalu. Itulah yang menyebabkan sepeda tua,basikal tua, gerek tua kini menjadi buruan sesetengah individu yang cuba mengembalikan semula nostalgia berkenaan. Nilai sesuatu kenangan amat berharga.

    Diantara kenangan yg masih segar :
    1. Ketika belajar menunggang :
    Cukup sukar..utk belajar naik
    basikal waktu dulu-dulu,
    basikal yg ada hanya bersaiz
    kargo. Sememangnya tidak ada
    peluang nak duduk d tempat
    duduk, hanya di celah palang je
    le. Soal jatuh usah di cerita
    selagi tak pandai selagi tu le
    jatuh bangun ada bertatih.
    2. Dah pandai naik basikal :
    Pun jadi masaalah..apa taknya
    selalu kena pegi kedai beli
    barang. Kekadang baru je sampai
    rumah dah kena pegi balik sbb
    ada barang yg terlupa tadi. TP
    masa baru-baru dpt lesen
    menunggang basikal mmg pantang
    kena suruh pegi kedai..laju je.
    Tp lama2 boooring.
    3. Basikal tanpa peti rantai..
    masaalah besar masa tu..apa
    taknya selalu je seluar sekolah
    agama terselit kat rantai.
    Hujung kaki memang le dah
    selalu kena minyak rantai.
    4. Ketika musim hujan
    dan satu hal lagi kalau
    hujan ..maklum ler jalan masa
    tu tanah merah.. habis tanah
    merah tersekat kat
    mudgard..samapi tak leh nak
    jalan ..so kena turun dan cari
    ranting pokok ..puas menjolok
    kat celah-celah mudgard. Tu
    belum lagi kes tergelincir kat
    jalan2 yang dikenal pasti
    kawasan kemalangan...habis
    "bedebuk" jatuh mcm nangka...
    habis uniform sekolah dah jadi
    warna tanah merah....peluang
    nak ponteng sekolah.

    Semuanya tinggal kenangan. Kini sepeda tua telah menjadi produk pelancongan dan bukan lagi menjadi tunggangan utama seperti dahulu.

    ReplyDelete