DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, September 23, 2010

KAYUHAN AMBANG MERDEKA 2010


Salam Hormat untuk semua....
Tanggal 30hb Ogos 2010 menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53, KSTJB telah bergabung dengan Kelab Sepeda Klasik Kota Tinggi untuk melakukan satu Kayuhan Diambang Merdeka di bandar Kota Tinggi Johor. Walaupun tiada sambutan rasmi diadakan di Kota Tinggi pada malam tersebut KSTJB dan KSKKT telah mengambil langkah proaktif untuk menceriakan suasana pada malam tersebut dengan mengadakan kayuhan keliling bandar Kota Tinggi sebelum berehat di Dataran Tun Sri Lanang untuk menanti ketibaan detik 12 malam ( Malam Kemerdekaan ). Ternyata kehadiran kami di dataran tersebut benar-benar memeriahkan suasana Ambang Merdeka. Terima kasih diucapkan kepada KSKKT kerana sudi mengundang dan berkayuh bersama-sama pada malam tersebut terutama kepada En Hazli Husin selaku Pengerusi KSKKT.

No comments:

Post a Comment