DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, March 3, 2010

KARAT TAPI BERNILAI

Salam Hormat Untuk Semua
Melalui kiriman email yang penulis terima dari saudara Ajid ( Ahli KSTJB), beliau telah memperolehi sepasang rim basikal bersama tayarnya sekali dari seorang rakan lama beliau. Memang kalau dilihat dari fizikal barang yang diterimanya telah lusuh. Bagi mereka yang bukan peminat Sepeda lama dan mempunyai sifat 5P ( seperti kata Sdr.Ikhwan) dah pasti barang tersebut hanya layak dijual kepada tokeh karung guni.

Tapi tidak bagi seorang yang mempunyai jiwa 5P, sekarat mana barang yang diterima akan diambil dengan hati yang terbuka, apatah lagi sekiranya barang tersebut FOC. Karat dan lusuh belakang cerita. Yang utamanya terima dulu.

Menurut kiriman sdr Ajid tayar berkenaan bersaiz 28” dari jenama Bridgestone buatan Singapore. Jenama dan buatan jangan dirisaukan yang pastinya ianya masih dapat digunakan. Breakhup dari jenis SA dan mempunyai tanda “R” pada setiap nipple.


Tujuan sdr Ajid memaparkan gambar barangan karat diblog KSTJB hanya inginkan perkongsian dari rakan – rakan sepeda yang arif berkenaan dengan barang yang diperolehinya. Mungkin dari segi tahun tayar tersebut dikeluarkan dan kebiasaanya rim tersebut dipasang pada basikal yang bagaimana kerana lelidi rim tersebut agak kasar dari yang biasa. Terima kasih KSTJB ucapkan kepada Sdr Ajid dan rakan-rakan yang berkongsikan pandangan.


BreakHup SA. walaupun karat tapi masih mencengkam elok

Tertera huruf "R"

Logo bridgestone


Keadaan rim yang karat tapi masih kukuh

2 comments:

  1. Wahhh mantap penulisan kau siap quote 5P aku yer..(Pemilik, Pengumpul, Peminat, Pencinta dan Pejuang basikal tua). Apa pun tahniah kerana kembali menyajikan cerita-cerita menarik. Tahniah kepada Ajid kerana dapat rim tersebut.

    Peminat basikal tua memang menantikan cerita-cerita menarik dari Johor especially aku yang "lapar" nak tengok perkembangan basikal tua di Malaysia.

    Selamat berjuang KSTJB...kita akan gegarkan Taiping tak lama lagie...heheeee..

    BM

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bro ikhwan..agak lame jugak aku tak gosok2 basikal aku tu, n ni dinamakan rezeki dtg bergolek..ajid

    ReplyDelete