DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, April 6, 2009

Kolekasi Rakan KSTJB

Salam Hormat untuk semua..............
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan penggemar basikal tua, sedikit sisipan koleksi khazanah Malaya yang dimiliki oleh salah seorang ahli KSTJB. Beliau merupakan salah seorang ahli KSTJB yang bukan berbangsa melayu tetapi cukup fasih dalam pertuturan bahasa melayu kerana beliau berasal dari Alor Setar dan khabarnya jiran setaman dengan Chegu Hopper. Beliau yang saya maksudkan adalah Mr.Karu. KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr.Karu kerana sudi berkongsi koleksi bersama-sama penggemar basikal tua.
Keunikan yang terdapat pada Mr.Karu adalah keseluruhan basikal tua yang beliau perolehi masih lagi dalam keadaan asal sepertimana ketika diperolehinya. Terutama basikal Hercules Cargo yang merupakan basikal pertama beliau, masih berkeadaan asal sepertimana asalnya basikal tersebut ditemui di Singapura. Tiada sebarang perubahan dilakukan olehnya. Begitu juga dengan basikal lain, dimana hanya diperbaiki supaya boleh ditunggangi. Hobi mengumpul basikal lama dan juga barangan antik dikongsi bersama anak lelaki beliau yang masih bersekolah.
Disisipkan beberapa koleksi Mr. Karu untuk tatapan semua, sebagai membuktikan bahawa minat dan sayang kepada khazanah lama terutama basikal tua ini bukan hanya kepada bangsa Melayu sahaja.


Basikal hercules Cargo yang pertama dimiliki
masih dalam keadaan asal seperti ketika diperolehi di Singapura

Basikal Raleigh Cargo yang masih terdapat
lesen basikal tahun 1983 kepunyaan bangsa cina

Basikal Robin Hood Cargo

Basikal Colombia Sports


Basikal Raleigh Sport diperolehi di Singapura
masih mempunyai plat no .18025


Basikal Posmen ( Raleigh )

Basikal kanak-kanak - Sun Beam


Basikal roda tiga untuk kanak-kanak
menggunakan tayar mati - Gresham Flyer 1930

Basikal kanak-kanak roda empat
frame diperbuat daripada kayu

Mudguard Hercules 1953
sempena Coronation 1 year

Bekas minyak pelincir dan pin yang digunakan
apabila basikal pancit atau bocor

Sebahagian koleksi barangan antik di
kediaman Mr.Karu

Beberapa sparepart basikal
* Sekali lagi KSTJB mengucapkan terima kasih kepada Mr. Karu kerana sudi berkongsi minat dengan penggemar semua. KSTJB juga akan memaparkan gambar lesen basikal dan juga plat no basikal yang terdapat pada basikal Mr.Karu dalam topik lesen basikal. Sekiranya saudara mempunyai koleksi tersebut, boleh dikongsikan bersama dan kirimkan gambar tersebut kepada kstjb@yahoo.com.

3 comments:

  1. Wah Koleksinya banyak juga yaa.????
    dikeluarin agi dong fhoto koleksinya kurang banyak tuh.!

    ReplyDelete
  2. Hanya foto sepeda saja yang dikeluarkan saja sektor. Karna ruangan ini ruangan sepeda saja.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. wah...
    koleksinya menawan skali om...
    terlebih koleksi sepeda kanak-kanaknya... :D


    _semua sesuatu_
    www.sadiasada.wordpress.com

    ReplyDelete