DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, February 1, 2009

Sepeda Rakan KSTJB

Salam hormat untuk gerekers semua....
Pada kesempatan kali ini saya ingin memaparkan koleksi salah seorang rakan KSTJB yang telah lama berkecimpung didalam pemburuan sepeda lama dan juga barang antik lain. Gambar sepeda beliau saya rakamkan pada suatu petang ketika saya menujai sepeda lama bersama isteri dan anak-anak, terlintas untuk singgah dirumah beliau. Malangnya ketika itu beliau tiada dirumah, hanya isteri dan anak-anak beliau sahaja. Saya teruskan niat untuk kerumahnya dan saya pasti beliau tidak akan marah apabila koleksinya disiarkan didalam blog ini.
Rakan KSTJB ini mempunyai 5 buah sepeda lama yang kesemuanya berkeadaan asal (ori) tetapi sebuah raleigh sport telah dijual kepada seorang rakan juga ahli KSTJB. Kini dalam simpanannya hanya 4 buah sepeda lama iaitu Raleigh 28,Rudge sport, Humber dan Hooper Special yang masih belum sempat direstore semula. Kesemua sepeda milik beliau berkeadaan asal dan memiliki part yang original dan ketiga-tiga sepeda beliau dipasang dengan rim lidah yang kini menjadi buruan pencinta sepeda. Kepada saudara Rasidi saya mohon maaf kerana tidak meminta kebenaran.....tetapi.....ketika keluar saja dari gate rumah beliau, empunya sepeda tiba dan selesailah masaalah hutang saya tidak memaklumkan kepadanya. Terima kasih diucapkan kepada saudara Rasidi atas perkongsian ini.
Dianatara koleksi sepeda
saudara Rasidi
khazanah Malaya tetap
terpelihara

Sepeda Rudge

pandangan sisi
Emblem Rudge

pandangan belakang sepeda Rudge

Raleigh 28

Lampu Karbite

pandangan belakang Raleigh

Sepeda Humber

pandangan belakang
sepeda Humber

Crank ,peti rantai dan
paddle Humber

Trigger

Sepeda Hooper dalam
proses pembikinan

Emblem Hooper ( maaf kurang jelas )

Rim Lidah

3 comments:

  1. dalam banyak2 sepeda tu agak2 ada yang nak juai tak??? rare tu semua spedanye

    ReplyDelete
  2. Alamak jid...
    Cuma dapat lihat dan pinjam untuk ronda-ronda je. Kalau kena pada "tanjak"nya mungkin gak kot. Thanks Ajid.

    ReplyDelete
  3. Triger sturmey archernya keren. Anggota Sepok kemarin ada yang beli di Sarawak, masih bagus..
    salam

    ReplyDelete