DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Friday, March 26, 2010

SEPEDA TAK BERAPA TUA DAN PENGAYUH TUA


Salam Hormat untuk semua.

KSTJB amat berbesar hati untuk berkongsi bersama rakan sepeda tentang coretan pengalaman rakan KSTJB ketika beliau berada di Shanghai China atas urusan tugas rasmi. Beliau amat teruja dengan gelagat penduduk disana yang masih menggunakan sepeda sebagai pengangkutan rasmi walaupun ketika berada dibandar yang sesak dengan kenderaan moden lain.

KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cyfu dari
architorture -cyfu.blogspot.com atas sumbangan artikel berhubung pengalaman beliau ketika berada di Shanghai China. Beliau sememangnya tidak asing dengan KSTJB, beliau sentiasa mengikuti perkembangn dan kerap mengikuti program KSTJB sebagai jurugambar profesional. Berikut dilampirkan Artikel dan coretan Cyfu



Sepeda Tak Berapa Tua dan Pengayuh Tua.


Salam untuk semua pengunjung blog Sepeda Tua Johor Bahru yang sememang juga saya menjadi diantara pengungjung tetap di sini. Izinkan saya mecoret sedikit pengalaman saya semasa saya ke Shanghai, China, baru-baru ini. Mungkin agak janggal untuk saya menulis diblog Sepeda Tua Johor Bahru tapi yang ingin saya kongsi bersama ialah tentang sepeda di negeri Tembok Besar ini. Sesampai saya ke Shanghai setelah 3 hari di Hong Kong atas urusan kerja, saya terus mencari peta Negara China di Pudong International Airport. Ini adalah kerana saya dengan sengaja tidak membuat tempahan dimana mana hotel secara online semasa di Malaysia atas alasan ingin meninjau hotel hotel di sana yang berdekatan dengan urusan kerja saya di Grand Hyatt Hotel Shanghai dan juga ingin mencari makanan halal yang berdekatan dengan hotel yang akan saya tinggal nanti. Tindakan yang sama juga saya ambil ketika di Hong Kong dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pencarian hotel saya terhenti apabila saya didatangi seorang warga China yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Di Negara tembok besar ini agak sukar untuk mencari warga mereka yang boleh berbahasa Inggeris, tidak seperti di Hong Kong. Setelah berbincang saya bersama seorang lagi rakan setugas dari Malaysia bersetuju untuk ‘check-in’ di Gran Melia Hotel, yang dimiliki bersama syarikat dari Cuba dan China. Hotel tersebut terletak di Lujiazui berhampiran dengan Shanghai World Financial Tower dan Grand Hyatt Hotel di mana lokasi WorldsArts Tour yang akan saya hadiri diadakan. Dengan kadar sewa 1400 Renminbi Yuan, lebih kurang RM700 untuk satu malam, saya maklum ia agak mahal tapi itulah yang sangat bersesuaian dengan lokasi ke tempat kerja nanti.


Hari ketiga di sana saya bersama kawan sedang minum petang di Starbucks café yang berhadapan dengan simpang empat jalan. Kami mengambil meja di luar café walaupun suhu pada ketika itu serendah empat darjah Celsius. Keputusan diambil kerana ingin membuat ‘street photography’. Ketika asyik merakam aksi aksi serta gelagat warga China sedang lalu lalang, saya dapati ramai warga di sana yang masih menggunakan basikal/sepeda tetapi pada pengamatan saya basikal tersebut tidaklah begitu tua dan yang menarik perhatian saya adalah penunggangnya yang kebanyakannya yang dah agak lanjut usia tidak kira lelaki atau perempuan. Basikal beroda tiga juga menjadi salah satu cara penggangkutan yang popular di sana.Terdapat juga ramai yang menggunakan basikal elektrik tidak kira dikalangan muda atau tua. Satu perkara lagi yang amat menarik perhatian saya adalah pengguna pengguna basikal di sana diberi keutamaan menggunakan jalanraya yang sangat sibuk oleh polis trafik bertugas. Mereka diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan jalanraya. Tidak keterlaluan jika saya katakan tidak berlaku begitu di sini walaupun penggunaan basikal yang sangat kecil jumlahnya. Begitulah sedikit pengamatan saya tentang sepeda yang tak berapa tua dengan pengayuh tua di Negara Tembok Besar. Berikut adalah rakaman fotografi yang ingin saya kongsi bersama sama dengan semua pengunjung blog Sepeda Tua Johor Bahru. Enjoy&Godbless.












No comments:

Post a Comment