DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, December 15, 2008

Sepeda di Sana Sini

Penulis ingin mengajak pemilik dan pemburu onthel antik diseluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura kembali ke era penggunaan basikal antik yang terus menjadi buruan penggemarnya. Setelah diamati dan dilayari menerusi laman-laman blog rakan-rakan onthelis, boleh dirumuskan bahawa Indonesia lebih mendominasi dari jumlah basikal antik yang diperolehi dan berjaya dimiliki. Saya berkata berdasarkan kepada populasi kelab/persatuan yang terdapat disana. Boleh dikatakan setiap program yang di jalankan mendapat sambutan dan jumlah sepeda yang dipamerkan begitu banyak.

Sekiranya kita kembali kepada sejarah penjajahan di Indonesia dan Malaysia, Indonesia lebih dijajah oleh Belanda dan Jepun (kalau silap tolong perbetulkan) berbanding diMalaysia, Inggeris lebih lama menjajah tanah melayu ketika itu. Adakah belanda di Indonesia ketika itu lebih gemar kepada produk keluaran Inggeris. Mungkin Chegu Hopper bersetuju dengan pendapat yang ini, kerana beliau sendiri telah kesana semata-mata kerana minat dan jemputan sahabat maya. Bukan lah maksud saya untuk menidakkan penggemar sepeda di Malaysia ini tidak ramai, saya sendiri penggemar khazanah tersebut, mungkin individu terbabit yang banyak memiliki sepeda antik tidak suka menonjolkan diri. Contohnya saya di Johor sedang menjejaki seorang individu melayu yang katanya menetap di Kulai Johor memiliki sebanyak 30 buah sepeda sebagai koleksi dan masih terus memburu khazanah malaya yang tinggi nilainya. Maklumat ini saya perolehi dari pengusaha kedai basikal di Pekan Nenas Pontian Johor.

Kembali kepada isu "Sepeda di Sana Sini". Berbanding di Malaysia, pada amatan saya secara kasarnya Melaka lebih mendominasi dalam jumlah koleksi sepeda mereka, mungkin fakta saya ini kurang tepat tetapi melalui laman blog http://picasaweb.google.com/ikhwanizam/Merdeka08# tersebut saya membuat kesimpulan. Menurut sejarah Melaka lebih lama dijajah oleh Portugis ketika eranya. Berbanding negeri-negeri lain yang dijajah oleh Jepun dan Inggeris. Mungkin kerana Melaka terkenal sebagai bandar sejarah dan banyak koleksi antik disana.

Kepada rakan-rakan onthelis saya mohon maaf andai kata fakta yang saya utarakan ini tidak tepat dan perlu pembetulan. Saya cuba mendalami fakta keujudan basikal di Malaya dan tempoh penjajahan inggeris dimalaya tetapi ianya perlukan masa untuk dianalisa. Para pendidik dan juga pemburu khazanah ini boleh berkongsi dan mengutarakan pandangan serta pendapat untuk dikongsikan bersama.

9 comments:

  1. Salam...

    Pertamanya,terima kasih saudara pengarang yang sudi meletakkan nama saya yang tak seberapa di dalam post ini.Saya ke Indonesia hanya lah semata-mata untuk menimba pengalaman dan idea bagaimana penggemar sepeda onthel begitu fanatik dan "unite" dalam memurnikan hobi ini.Tak salah saya katakan,hobi berbasikal tua/sepeda tua menjadi satu "fenomena"atau "virus" yang menyerang seluruh lapisan umur di sana.Salute Onthelis!!Saya amat terharu melihat keakraban mereka dalam memperjuangkan hobi ini dengan membuang jauh kasta,seniority dan kuasa membeli.Ia sedikit berbeza suasananya di Malaysia, di mana minat mengumpul/mengayuh diminati oleh orang-orang yang tertentu dan mempunyai ideologi yang berbeza dalam memurnikan hobi ini.Maafkan saya sekiranya,saranan saya meleset,tapi itu yang saya nampak perbezaannya.
    Kesimpulannya,hobi ini perlu disulami dengan niat yang penuh ikhlas dalam melestarikan khazanah lama disamping kita bersilaturrahim,bertukar pengalaman dan pendapat,barter trade dan saling melengkapi di antara satu sama lain.Terima kasih semua dan maaf zahir batin.

    Chegu Hopper ( Gerekers Sungai Petani)

    ReplyDelete
  2. Tqvm Chegu Hopper.... dari pengamatan saya rasanya memang benar apa yang dinyatakan. Kalau kita layari blog mereka cukup seronok, pelbagai lapisan usia turut serta dalam melestarikan khazanah yang tinggi nilainya...
    Gerekers yang lain pastinya setuju.

    ReplyDelete
  3. Teruskan untuk memeriahkan dunia lestari basikal tua......ada program kayuh ke buat penamat tahun 2008 di JB

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam dari Basikal Malaya,

    Saya secara keseluruhannya bersetuju dengan tulisan penulis blog. Kalau dilihat darisegi populasi negara jiran Indonesia mempunyai populasi penduduk sekitar 220 juta berbanding negara kita seramai 24.8 juta. Maka kesimpulannya sudah pasti mereka mendominasi koleksi basikal/sepeda tua.

    Maaf kalau saya berpandangan skeptikal, pada pandangan saya, hobi mengumpul dan memiliki basikal tua ini telah bermula seawal tahun 80-90an lagi di negara kita. Ini berdasarkan maklumat dari beberapa kolektor basikal tua yang saya temui di Banting, Selangor. Justeru itu pencarian dan pengumpulan barang2 basikal tua juga telah bermula dgn adanya beberapa pertandingan basikal yang telah diadakan untuk memeriahkan hobi ini di kampung2.

    Ironinya setelah 2 dekad berlalu hobi ini telah melalui satu transformasi yang dahulunya hobi yang mampu dimiliki oleh semua orang kepada hobi yang mahal dan unik. Kepupusan barang-barang dan basikal tua juga adalah kerana sifat negatif manusia yang tak perlu saya huraikan. Hal ini telah berlaku sedekad lalu. Saya tidak mahu diibaratkan seperti meludah ke langit dan amat benci kepada sifat dengki, iri hati dan hiprokasi manusia yang berpura-pura baik.

    Faktor perkembangan sosio ekonomi juga perlu diambil kira. Sebagai contoh kewujudan kegiatan perniagaan besi buruk di Malaysia. Basikal2 tua secara tidak langsung sudah hampir pupus akibat kegiatan ini. Basikal tua dijual serendah RM1 seperti sudah tiada harga. Kepupusan barang2 basikal tua pula menjadi punca peniaga meletakkan harga sesuka hati kerana tahu ramai yang akan mencari barang tersebut.

    Bagi kolektor yang mahu jual/barter barang2 lebihan basikal pula akan di salah anggap sebagai mahu mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan. Dilemanya... kalau dah harga kos tinggi macam mana nak jual murah? Pada yang mampu pula akan dianggap menggunakan kuasa membeli oleh sesetengah pihak.

    Kesimpulannya kalau ada kelapangan saya ingin mengajak sahabat2 di Malaysia membaca satu cerita mengenai CERITA KELDAI silalah klik ke http://yuyuaziz.blogspot.com/2008/02/cerita-keldai.html dan disitu ada jawapannya.

    Terima kasih kepada KSTJB semoga terus sukses dan saya akan sedaya upaya menyokong usaha penerbitan blog2 seperti ini di Malaya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih KSTJB ucapkan kepada Kopsia dan Ikhwanizam kerana kunjungan dan komen serta pendapat yang dikongsikan bersama. Untuk penulis blog Ikhwaniza terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas komen dan fakta terhadap populasi sepeda tua di Malaysia dan negara jiran maupun Indonesia atau Singapura.

    Benar apa yang diutarakan mengenai kepupusan sepeda sedikit demi sedikit di negara ini akibat dari sikap segelintir individu yang tidak dapat berkongsi bersama untuk menilai khazanah malaya yang cukup tinggi nilainya dan nostalgia sepeda itu sendiri. Cukup menyedihkan lagi apabila terdapat segelintir pengusaha barangan lusuh ( besi buruk ) yang tidak rela sepeda tersebut dimiliki oleh pemburu sepeda, walhal keadaan barang lusuh tersebut telah berkeadaan cukup daif sekali. Anihnya apabila mereka ini melihat keadaan sepeda yang telah diperbaiki seperti keadaan asal, mereka cukup memuji atas keperihatinan pemburu-pemburu sepeda . Begitu juga halnya berlaku terhadap barangan antik yang lain seperti mesin getah dan sebagainya yang berasaskan logam. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada saudara atas sokongan dan galakan yang diberikan.

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Saya amat tertarik dengan tulisan Sdr.Ikhwan dan benarkan saya untuk menambah sedikit fakta yang baru saya perolehi sebulan yang lalu di acara Halal Bi Halal.Jumlah persatuan/kelab sepeda tua yang berada di Tanah Indonesia pada saat ini melebehi 360 buah manakala penggiat/penggemar/onthelis ialah seramai 12 juta orang.Bayangkan separuh daripada jumlah rakyat Malaysia..Wow.amat mengagumkan..

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan! Saya juga ada sebuah basikal ni..kalau senang jengok lah blog saya. Saya ada upload beberapa keping gambar basikal saya. Sila beri komen!
    http://jeng3x.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Salam Perkenalan dari Kami Ahli KSTKPB buat semua Ahli KSTJB.Semoga Terjalin persahabatan Silaturrahim sesama kita dan semua peminat Sepeda Tua diseluruh Malaysia.
    Terima Kasih kami kerana memasukan Link blog KSTKPB didalam Blog KSTJB.Semoga banyak info dan maklumat tentang Sepeda dapat kita kongsikan bersama.
    sekian Terima Kasih.
    Dari:
    Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru
    "Khazanah Lama Masih Terpelihara"

    ReplyDelete