1 Semangat, 1 Tekat, 1 Azam, 1 Matlamat, 1 Tujuan dan 1 Malaysia itulah kata-kata yang terhembur dari beberapa peserta Kayuhan Bandar Muar pada 16hb Ogos 2009. Saat yang dinanti oleh pemilik basikal tua dari Melaka, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru akhirnya kunjung tiba.
Tepat jam 9.30 pagi, seperti yang dijanjikan, seramai 11 orang ahli KSTJB mula bergerak menuju ke Dataran Tanjung Emas Muar Johor untuk menyertai program Kayuhan Sempena Bulan Kemerdekaan anjuran bersama KBTBB dan KBTM. Setelah berehat seketika di hentian Macap akhirnya kami tiba di Dataran Tanjung Emas, Muar pada jam 12.30 tengahari.
Seorang demi seorang peserta kayuhan tiba dilokasi permulaan. Basikal kesayangan dilabuhkan dari kenderaan tanda kayuhan akan bermula. Seramai 62 orang peserta turut mengambil bahagian dalam kayuhan 1 Malaysia pada petang tersebut. Seramai 21 orang dari KBTBB, 11 orang dari KSTJB dan 30 orang dari KBTM serta KBKBP. Acara pada petang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Kadir (pengerusi KBTM) dan seterusnya ucapan perasmian dan flag off dari YB ADUN Muar pada jam 2.45 petang.
Konvoi kayuhan melalui Jalan Maharani, Jalan Bentayan dan Jalan Abdullah dengan diiringi oleh pasukan Polis Trafik Daerah Muar. Konvoi berhenti sebentar di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Bangunan Sultan Ibrahih Muar serta mercu tanda di Bandar Muar sambil merakamkan gambar kenangan. Kayuhan berakhir di Dataran Tanjung Emas jam 3.20 petang. Program pada petang tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil dan cnderahati oleh Yang Berhormat dan disusuli bacaan selawat dan salam tanda perpisahan.
Bonus kepada pihak penganjur terutama KBTM dan KBTBB atas penganjuran kayuhan yang besar dan cukup bermakna bagi pengemar sepeda tua. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi KBTM, Sdr Karim (Setiausaha KBTM) dan saudara Ikhwan (KBTBB/BM) yang bertindak selaku "mastermind" sepanjang kayuhan tersebut. Ucapan terimakasih juga ditujukan kepada Anggota Polis Trafik yang bertungkus lumus mengawal lalu lintas sepanjang kayuhan dijalankan. Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli KSTJB yang turut serta dalam kayuhan berkenaan. Semuga kayuhan sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. KAYUHAN MUAR TETAP BEST!!!!.
wah puas puas puas,, teruja dengan klehadiran begitu byk peminat bskl tua ni, tu baru 3-4 daerah 1 negeri tu belum satu malaya lagi kan..
ReplyDeleteTidak ada yang mustahil Ajid...Mr. GB dah buktikan...Basikal Tua boleh lakukan apa saja untuk Bangsa dan Negara - Move on...dan kerja keras.
ReplyDeleteTahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut.. Kepada peserta, insya-Allah kita jumpa lagi dalam acara akan datang..Serta-merta dari KL selepas kerja saya pulang ke Batu Pahat semata-mata nak "angkut" basikal ke Muar untuk terlibat sama dalam acara Kayuhan Muar tersebut..
ReplyDeleteTahniah.. Tahniah… Tahniah..
p/s pada Cikgu Rahim dari Batu Pahat, kita kumpulkan orang kitaaaaa!!!! hahaha!!!
Tahniah Anonymous, komitment yang cukup tinggi , kami cukup bangga dengan usaha anda. Kami pasti Batu Pahat juga akan meletup...InsyaAllah kita akan berkerjasama mengadakan program samada di Batu Pahat atau Johor Bahru. Cikgu rahim dah tampat gambar kat sekolah belum...
ReplyDeleteSaya lagi bangga...dapat kayuh dengan 61 lagi peserta...rasa mcm mimpi...tapi rupa-rupanya realiti. Paling penting...apa? Faham2 sudah...heheee...(maaf bos).
ReplyDeleteTerima kasih Ridzuwan kerana sanggup turun dari BP ke Muar. lain kali bawak 1 batalion...kita kasi gegar Acara seterusnya yg di "mastermind"kan oleh Sdr. Mofti dan KSTJB pula.
Adoi... ni satu harap yang besar. Berat batu jemala nak di tanggung nie. Tp Sdr.Ridzuwan dan Cikgu Rahim akan bantu kan. InsyaAllah Wan akan diaturkan tp kena bersabar dong. Sebab rasanya kali nie bilangan bertambah kot sbb BP dah mula kumpulkan ahli lama.
ReplyDeleteMemang BESAR. Ingat senang ker org nak bagi kepercayaan dan penghormatan kat KSTJB :). Kali nie batalionnya lebih besar donggg...kalau jadi kita jemput semua kawan-kawan seluruh Malaya. Aku contact geng Penang, Getuas, Perak dan Selangor nanti...Melaka kau x payah citerlah...diorang hari-hari mauuuu (mau kayuhlah). Kali nie kita panggil semua stesen TV buat liputan haaa jgn luper panggil MB dan TMJ...baru pukul habisss event tu. Kalau KBTBB BOLEH...KSTJB PUN BOLEH!
ReplyDeleteInsyaAllah kami akan jalankan program kayuhan di Johor Bahru atau Batu Pahat. Terima kasih atas sokongan dan galakan dari semua. Ok Mykyocera, KSTJB sahut penghormatan tu..
ReplyDelete