DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, May 2, 2011

IMBASAN KAYUHAN TEROWONG MASA

SALAM HORMAT UNTUK SEMUA
Tiada bicara dapat ditutur, tiada kata dapat diungkap, selain syukur kepada Illahi kerana sudah tentunya dengan izin dariNya PROGRAM KAYUHAN TEROWONG MASA di Bandar Pontian pada 01hb Mei 2011 dapat dijalankan dengan jayanya.

Satu anugerah yang amat besat dariNya kepada kita semua, dimana cuaca pada waktu program tersebut dilangsungkan benar-benar menyebelahi kita semua. Kalau pada hari-hari sebelumnya cuaca amat membimbangkan kerana hampir saban hari terutama waktu petang Pontian sering mengalami hujan yang pastinya membuatkan kami semua terutama AJK pelaksana berasa cukup risau.

Tetapi pada tarikh tersebut cuaca benar-benar mengizinkan kita semua untuk melaksanakan program yang besar dan amat bermakna kepada semua pemilik dan penggiat basikal tua/klasik/antik di Malaysia. Alhamdulillah...

Kami warga KBKJ dan juga seluruh warga kerja KAYUHAN TEROWONG MASA dengan besar hati merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan sepeda tua/klasik/antik yang sudi hadir dan memberikan sokongan yang padu terhadap program yang dijalankan. Tanpa sokongan dari anda semua sudah pasti program berkenaan tidak dapat dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada : Wakil KOSTI , Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Kelab Basikal Klasik Muar, Kelab Basikal Klasik Batu Pahat, Kelab Basikal Antik Benut, Kelab Basikal Klasik Kota Tinggi, PECHAL Caah , Sepeda Sijangkang, Kelab Basikal Klasik Penang, Kelab Basikal Klasik Ipoh, Pemilik Basikal Klasik Kluang, Pemilik Basikal Klasik Segamat, Pemilik Basikal Klasik Negaei Sembilan, Pemilik Basikal Klasik Pontian dan KBKJ sendiri Dari pendaftaran terakhir yang diperolehi oleh AJK pelaksana keseluruhan peserta yang hadir untuk bersama-sama menjayakan program kayuhan terowong masa mencecah 220 orang kesemuanya. Suatu jumlah yang besar dan pastinya kesemua peserta bersama matlamat yang satu iaitu Satu Jiwa Satu Impian..tema Kayuhan Terowong Masa pada tahun ini.

Dengan jumlah peserta yang bergitu ramai menandakan basikal tua/klasik/antik terus mendapat tempat dihati mereka-mereka yang menyanjungi keunikan dan Nostalgia Khazanah Silam sebuah Basikal Tua. Tiada siapa yang dapat membawa seni basikal tua ini dimata masyarakat setempat dan generasi kini selain anda semua yang mempunyai jiwa seni dan kasih terhadap Nostalgia Silam. Tahniah dan syabas.

Keunikan dan kesenian yang ada pada basikal tua dan pemiliknya telah dapat mencuri hati YM Tunku Dato' Hassan Ibni Almarhum Tunku Mohd Archbald dan Datin (isteri YM Tunku ) hingga YM TUNKU sanggup turun padang dan meluangkan masa bersama peserta dalam majlis penutup dan penyampaian cenderhati serta sijil kepada para peserta. Ini menandakan seni basikal tua/klasik/antik telah mendapat tempat dihati kalangan warga Istana Johor. Jutaan terima kasih dari kami terutama KBKJ diatas kesudian YM TUNKU untuk hadir sama.

Selain dari itu KAYUHAN TEROWONG MASA kali ini terdapat keistimewaannya tersendiri dimana Penolong Pegawai Daerah Pontian iaitu Cik Nurul Farahdila Binti Jaafar sendiri telah sudi merasmi dan melakukan flag off pada program kali ini. Kayuhan kali ini sudah pastinya meninggalkan kenangan yang tersendiri buat A.D.O Cik Nurul dimana beliau sendiri telah sudi bersama kita membonceng beca dari tempat permulaan hingga keakhir jayuhan dijalankan. Tahniah dari kami untuk A.D.O Pontian. Sudah pastinya dengan kesudian kedua-dua mereka iaitu YM TUNKU dan A.D.O akan menjadi satu suntikan kepada kami terutama Kelab Basikal Klasik Johor untuk terus melakarkan kenangan buat peserta dalam aktiviti mendatang.

Akhir sekali kami dari KBKJ sekali lagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para peserta yang memberi sokongan padu dalam program berkenaan dan tidak lupa kepada semua AJK pelaksana yang telah bertungkus lumus demi ingin melihat program tersebut berjaya dan memberikan suatu kenangan manis buat semua peserta. Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang yang telah sudi menghulurkan sumbangan samada dalam bentuk barangan mahupun wang ringgit.

Sepertimana pepatah ada mengatakan bahawa langit tidak selalu cerah, laut tidak selalu begelora . Sudah pastinya dalam melaksana program yang boleh dikatakan besar ini, sudah tentu akan terdapat cacat celanya yang kami tidak sedari. Kami seluruh warga kerja PROGRAM KAYUHAN TEROWONG MASA menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andaikata terdapat sebarang kekurang dan kesilapan disepanjang anda semua berada di majis berkenaan. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang kurangnya datang dari Kelemahan kami sendiri. Kami pohon maaf diatas segalanya.

Sebagai titipan peserta semua kami paparkan sebahagian foto sebagai tatapan para peserta juga buat rakan-rakan basikal tua/antik/klasik yang tidak dapat hadir bersama. Pohon kepada rakan-rakan yang memiliki gambar sepanjang kayuhan dijalankan agar dikongsikan dan pohon diemailkan kepada kstjb@yahoo.com untuk dikongsi bersama.





Sebahagian peserta bergambar kenangan
di Menara Jam Padang Utama Pontian




YM TUNKU DATO' HASSAN ( t'shirt putih berikat kepala
baris belakang tengah dan Datin )
bersama sebahagian peserta




Banner utama KAYUHAN TEROWONG MASA


Sebahagian AJK Pelaksana Kayuhan Terowong Masa



Cik Nurul Farahdila Binti Jaafar , A.D.O Pontian
Bergambar kenangan sebelum memulakan kayuhan




A.D.O ( membonceng beca ) bersama peserta
disepanjang
kayuhan berlangsung


Sebahagian peserta berkayuh mengelilingi
Bandar Pontian
sejauh 12km


Merakamkan kenangan bersama A.D.O
sewaktu berhenti
rehat di Pusat Perdagangan Pontian

No comments:

Post a Comment