Salam Hormat...............
Tanggal 4hb Julai 2009 (Sabtu), tepat jam 5.30 ptg seramai 9 orang ahli KSTJB telah siap sedia untuk memulakan kayuhan ronda bandar Pontian Johor. Perancangan awal seramai 16 orang peserta terdiri dari ahli KSTJB sendiri akan turut serta dalam kayuhan tersebut tetapi oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan maka hanya 9 orang peserta sahaja menyertai kayuhan ini. Bagi kami ia merupakan jumlah yang agak besar dan kami faham dengan masalah yang dihadapi. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan KSTJB kerana sudi meluangkan masa untuk aktiviti kali ini. Kayuhan pada kali ini di iringi oleh jurugambar dari architorture-cyfu.blogspot iaitu Mr.Cyfu selaku jurugambar rasmi kami pada kayuhan petang tersebut.
Pontian menjadi pilihan kayuhan kali ini kerana terdapat beberapa deretan bangunan kedai yang masih mengekalkan konsep bangunan lama seperti di era 60'an . Beberapa peserta terpaksa menunda sepeda mereka menggunakan kereta dari Taman Pulai Perdana, Taman Pulai Indah, Kempas dan Skudai. Hanya seorang sahaja wakil tungal dari Pontian iaitu Sdr Omar. Terima kasih kepada Sdr.Omar kerana sudi turut serta dalam kayuhan kali ini. Semuga kehadiran beliau menjadi pembakar semangat penggemar sepeda tua di pontian khususnya.
Kayuhan bermula dari Taman Permainan Kanak-kanak dihadapan padang utama pontian menuju ke perhentian bas baru di Kawasan tambak ( Bandar Baru Pontian ). Kayuhan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang kayuhan kami dapati reaksi gembira dan terkejut dari orang ramai kerana melihat kelibat sepeda tua menyusuri laluan utama di Pontian. Mungkin inilah kali pertama mereka melihat sepeda tua berada dibandar Pontian secara berkumpulan. Sepanjang kayuhan Mr.Cyfu sentiasa merakam pergerakan kami hingga tamat kayuhan pada petang tersebut. Kami juga sempat memperagakan basikal masing-masing untuk dirakam oleh Mr.Cyfu.
Diakhir kayuhan kami berhenti minum di sebuah Warong Antik kepunyaan salah seorang rakan ahli KSTJB. Konsep yang ditampilkan oleh pemilik warong tersebut amat bertepatan dengan aktiviti yang kami. Walaupun kayuhan kali ini agak ringkas dan jarak kayuhan juga tidak berapa jauh tetapi secara keseluruhanya aktiviti Kayuhan Pontian ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli dan memngembalikan semula nostalgia sepeda lama kepada orang ramai yang berada di Pontian pada hari tersebut. Insyaallah kami akan membuat kayuhan yang sama pada lain kali dan disertai oleh lebih ramai lagi ahli. Kayuhan kami pada petang ini berakhir pada jam 7.45 malam.
Seluruh ahli KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr.Cyfu selaku jurugambar kayuhan kami dan juga kepada Sdr.Adik yang bertindak selaku jurupandu kepada Mr.Sifoo. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang dapat kami berikan, semuga Allah membalas segala jasabaik kalian berdua. Kepada saudara Ajid, Ambok dan ahli yang tidak dapat turut serta jangan risau, akan ada kayuhan bakal menyusul nanti. Tungguuuuuuuuu... UNTUK MELIHAT PAPARAN YANG LEBIH MENARIK SILA KLIK PADA SLIDE DIATAS.Untuk melihat koleksi fotografi Mr.Cyfu sila klik DISINI dan klik folder Sepeda Tua.
No comments:
Post a Comment