Salam hormat..untuk penggemar basikal antik semuanya dan terutama saudara Acaii Jawe. Saya cukup tertarik dengan cerita yang digarap oleh saudara Acai Jawe tentang basikal tuanya yang juga merupakan kepunyaan ayahnya suatu ketika dahulu. Menurut ceritanya basikal ini dibeli oleh ayah beliau pada tahun 70an, ketika itu saudara Acai masih belum dilahirkan lagi. Dia tetap berbangga memiliki basikal tua sebegini kerana banyak nostalgia yang menjadi kenangan peribadinya. Basikal tua tersebut mendapat tempat di ruang fotopage miliknya. Keizinan kami pohon dari saudara Acai Jawe untuk memaparkan basikal kenangannya didalam blog KSTJB. Keunikan basikal itu sendiri dan teknik paparan yang digunakan oleh saudara Acai Jawe membuatkan saya terpanggil untuk memaparkan basikal kepunyaanya disini.
Pautan ke fotopage Saudara Acai Jawe
Kami sentiasa mencari cerita-cerita berkenaan basikal antik untuk dikongsikan bersama umumSekiranya diamati pada Crank seperti basikal Raleigh
Cukup Klasik
Seni Khazanah Silam
No comments:
Post a Comment