Salam Hormat untuk semua rakan-rakan sepeda...
Sepertimana yang tuan-tuan sediamaklum. KSTJB akan menganjurkan KAYUHAN TEROWONG MASA pada 1hb januari 2011 di Pontian Johor. Segala persiapan telah dilakukan dan hanya menanti waktu untuk melaksanakan program berkenaan.
Keputusan mesyuarat yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju supaya program berkenaan di tangguhkan kepada bulan Februari 2011 atas alasan seperti berikut:
1. Tarikh 1hb januari 2010 secara kebetulan merupakan tarikh pendaftaran pelajar Darjah 1 bagi Sek.Keb dan Sek.Agama di Johor. Kebanyakan peserta dan ahli KSTJB sendiri terlibat dengan pendaftaran anak-anak mereka.
2. KSTJB telah membuat pembentangan dengan ADO Pejabat Daerah Pontian berhubung dengan kayuhan tersebut. Maklumbalas yang diterima dari ADO agar kayuhan tersebut dimuatkan dengan program lawatan ketempat menarik di Pontian seperti Hujung Benua Asia, Muzium Bugis atau Muzium Nanas Pontian. Pejabat Daerah sedia untuk memberi kerjasama yang penuh sekiranya program tersebut dibuat.
3. Sehubungan itu KSTJB perlu mengambil sedikit masa merangka kertaskerja baru untuk dibentangkan kepada District Officer Pontian (DO Pontian ) bagi mendapatkan sokongan penuh dan juga penglibatan dari Ahli Parlimen Pontian ( YB Tn Hj Ahmad Mazlan ) merangkap Timb.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
InsyaAllah Program KAYUHAN TEROWONG MASA akan diadakan pada bulan Februari 2011.- Tarikh akan ditentukan kemudian. Sedikit sebanyak berhubung tentatif baru :
- SABTU
- ( 6.00 ptg ) pendaftaran peserta di Tanjung Piai Resort
- 8.00 mlm jamuan makan malam dan perasmian oleh Ahli parlimen Pontian
- 10.00 mlm aktiviti memancing di Jeti Tanjung Piai Resort/Kayuhan sekitar kampung/karaoke suka-suka.
- AHAD
- 8.00 pagi sarapan pagi
- 9.00 pagi pelepasan KAYUHAN TEROWONG MASA
- 11.00 pagi berhenti rehat di Taman Rekreasi Rambah Pontian
- 11.30 pagi kayuhan diteruskan
- 1.00 tgh berhenti rehat di Muzium Bugis
- 3.00 ptg peserta tiba digarisan penamat ( Bandar Pontian )
- Minum petang
- 3.30 ptg penyampaian sijil
- 4.30 ptg majlis bersurai
- ( TERTAKLUK KEPADA PINDAAN )
Saya bagi pihak penganjur ( KSTJB ) memohon maaf diatas segala kesulitan dan pindaan kepada program yang dijadualkan pada 1hb Januari 2011. InsyaAllah kami menjanjikan yang terbaik bagi rakan-rakan sepeda semua. Kami pohon sokongan dari kalian semua untuk merealisasikan program berkenaan. Kerjasama dari tuan-tuan semua kami dahulukan dengan ucapan JUTAAN TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment