DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, July 7, 2009

MR.GB DI JOHOR BAHRU

Salam Hormat...
Sepertimana yang dijanjikan dan dirancang oleh pemuda "GAGAH BERANI" (GB) atau nama sebenarnya Nor Izam bin Abd Latif telah selamat tiba di perkarangan Pejabat Pos Johor Bahru tepat pada jam 9.02 malam. Kemuncak kayuhan Mr.GB ke Johor Bahru telah diiringi oleh dua buah kereta ahli KSTJB. Terdapat ahli KSTJB yang telah menunggu ketibaan beliau seawal jam 7.00 malam sepertimana yang dijadualkan oleh Mr.GB. Sambutan dari KSTJB hanyalah secara sederhana sahaja sebagai simbolik dan tanda penghargaan dari kami atas kejayaan beliau menamatkan kayuhan seawal jam 6.40 pagi dari Parit Sulung Batu Pahat hingga ke Johor Bahru. Tambahan pula ketibaan beliau di Johor Bahru pada hari berkerja, so ramai ahli KSTJB tidak dapat turut serta dalam meraikan ketibaan beliau. Setelah 14 jam beliau mengayuh sepeda relaigh tuanya, akhirnya terpancar keriangan dan kelegaan pada raut wajah beliau apabila berjaya menamatkan kayuhan yang paling jauh ditempuhinya sepanjang beliau memulakan kayuhan pada 1 julai lalu.

Sejurus menghilangkan penat, beliau terus ke Balai Polis Central Johor Bahru bagi mendapatkan pengesahan terhadap perjalanan untuk hari ini sambil ditemani oleh ahli KSTJB. Bagi menghormati kunjungan dan niat murni Mr.GB, kami terus membawa beliau ke Danga Bay untuk menikmati makan malam secara sederhana tetapi penuh bermakna bagi kami. Sambil menikmati makan malam, kami sempat bercerita panjang tentang perjalanan beliau dan MISI beliau seterusnya dan kayuhan mendatang. Barulah kami tahu bahawa sepanjang perjalanan jelajahan beliau sempat memberi lapuran tentang kedudukan terkini beliau didalam blog rakan-rakan sepeda. Kami menyangkakan beliau membawa komputer riba untuk berbuat demikian. Rupanya sangkaan kami melisit sama sekali. Walaupun dalam keletihan beliau rela memperuntukkan masa rehatnya untuk mencari CC bagi tujuan tersebut. Kami amat menghargai pengorbanan beliau.

Dalam asyik bercerita, kami tidak menyedari masa begitu cepat berlalu. Makan malam kami di Danga Bay berakhir pada jam 11.00 malam, sedangkan Mr.GB perlukan masa untuk berehat. Memandangkan keesokan hari Mr.GB perlu meneruskan perjalanan ke Mersing dan seterusnya ke Pahang, kami akhiri perjumpaan bersama beliau pada jam 11.30 malam. Mr.GB perlu memulakan kayuhan dari Balai Polis Central seawal pagi esok. Kami tidak dapat mempelawa beliau untuk bermalam dirumah kami kerana lokasi untuk beliau memulakan kayuhan agak jauh dari kediaman kami semua. Kami mohon kemaafan kepada Mr.GB kerana tidak dapat melayan beliau sebaik mungkin. Tapi kami pasti beliau gembira dengan sambutan kami selaku rakan seangkatan dan rakan blog. Beliau telah mengambil keputusan supaya membawanya ke mana-mana masjid atau tempat yang menjadi tumpuan warga johor pada malam tersebut. Kami yakin Mr.GB boleh membawa diri sepanjang berada di bandar Johor Bahru. Dalam kesuntukan masa, beliau masih berniat untuk mencari CC bagi melayari dan membuat lapuran terkini didalam blog. Memang fanstastik dan bombastik le Mr.GB nie. Urat dawai tulang besi betul mamat nie.

Kami akhiri perjumpaan pada malam tersebut pada jam 12.02 tgh malam dengan seribu kenangan dan kebanggaan kerana masih ada insan yang sanggup meninggalkan segala keseronokan dan keenakan dikampung halaman semata-mata untuk memertabatkan sepeda tua dimata 1 Malaysia. Syabas dan tahniah dari kami warga KSTJB.

Sekali lagi kami dari warga KSTJB memohon ampun dan maaf seandainya pertemuan singkat kami bersama Mr.GB tidak sempurna dan terdapat kekuranganya. Kami hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Untuk Mr.GB kami doakan semuga beliau terus sihat dan berjaya menamatkan MISI Jelajah Malaysia bersepeda tua. Untuk Sdr Ikhwan tahniah dan syabas kerana saudara menjadi pendorong dan mastermind perjalanan Mr.GB. Begitu juga dengan rakan-rakan sepeda yang lain teruskan memberi sokongan moral untuk Mr.GB. Sokongan dari kita semua merupakan pembakar semangat kecekalan dan ketabahan beliau. Semuga kita dapat berjumpa lagi dilain masa Mr.GB. KAMI BANGGA TERHADAP KAMU.

No comments:

Post a Comment