DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, March 7, 2011

BASIKAL TUA MASUK KAMPUS

SALAM HORAMT UNTUK SEMUA

Tanggal 5hb Mac 2011...Basikal Tua kepunyaan ahli KSTJB telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian di UTM Skudai....Biar betul !!!!

Sempena Program Mesra Kampus, KSTJB telah menerima undangan untuk memeriahkan lagi Program anjuran Unit Sukan UTM Skudai. Program bermula seawal jam 7.00am, dimana aturcara utama pada pagi tersebut adalah senam robik oleh para pelajar dan larian kampus.

Pemilik basikal tua turut serta didalam larian tersebut. Tetapi kami hanya berbasikal mengiring para pelajar mengelilingi kampus UTM. Hakikatnya bukan saja kami yang menghargai keunikan dan nilai tinggi yang terdapat pada basikal klasik. Sambutan dari para mahasiswa dan juga pegawai UTM amat diluar jangkaan. Ianya menambahkan lagi minat yang mendalam kepada kami untuk terus memertabatkan basikal tua dimata masyarakat. Dari awal kami berada disana hampir keseluruhan basikal yang dipamirkan tidak duduk diam, bersilih ganti pelajar dan staf yang ingin "test drive" basikal tua milik kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan dari 4X4 dan juga Kelab Rentas yang sudi berkongsi juadah dan minuman bersama kami. Seolah-olah mereka berada dihutan, lengkap dengan keperluan sarapan dan makan tengahari.

Program Mesra Kampus berakhir pada jam 12.00 tengahari. Sekalung ucapan jutaan terima kasih dari pihak pengurusan KSTJB kepada rakan-rakan sepeda yang sudi hadir dan turut serta didalam pameran tersebut. Tidak ketinggalan juga kepada pihak UTM kerana sudi menjemput kami didalam program yang dianjurkan.

Nota: Walaubagaimana pun Program Nasi Lemak Kopi O tetap yang terbaik.










No comments:

Post a Comment