DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, March 9, 2011

PENGESAHAN KAYUHAN TEROWONG MASA ( KTM2011)

SALAM HORMAT SEMUA.
Walaupun pihak pengurusan KSTJB belum lagi secara rasminya mengedarkan surat jemputan kepada rakan-rakan Basikal Antik/Klasik/Tua berhubung Kayuhan Terowong Masa (KTM2011), tetapi Pak Syed dari Basikal Klasik Pulau Pinang telah menghubungi wakil kami dan menyatakan beliau bersama 4 orang rakannya akan datang pada kayuhan tersebut.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Basikal Klasik Pulau Pinang khususnya Pak Syed kerana begitu bersemangat untuk sama-sama menjayakan program berkenaan.

InsyaAllah dalam masa terdekat, kami akan mengedarkan surat jemputan kepada rakan-rakan sepeda sepertI :

1. KeLab Sepeda Klasik Kota Tinggi (KSKKT)
2. Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) - 40 - 50 orang
3. Basikal Klasik Pulau Pinang - pengesahan 5 orang
4. Sepeda Klasik Sijangkang
5. Port Swettenham Classic Bycle
6. Pemilik Basikal Klasik Negeri Sembilan
7.
Gerek Tua Alor Star (GETUAS)
8. Kelab Basikal Klasik Muar (KBKM)
9. Pemilik Basikal Tua Caah
10.Pemilik Basikal Klasik Batu Pahat
11.Pemilik Basikal Klasik Kluang
12.Gerekers Sungai Petani Kedah
13.Khazanah Sepeda Tua
14.Indonesia - 5 orang

Kepada rakan-rakan kelab yang tidak tersenarai disini kami memohon maaf, kami dengan rendah hati menjemput semua rakan-rakan pemilik basikal klasik/antik/tua untuk turut hadir memeriahkan lagi kayuhan tersebut. Kepada rakan-rakan kelab yang tersenarai diatas kami juga pohon kerjasama dari ketua kelab untuk memberikan kami alamat dan juga "contact No" supaya mudah untuk pihak pengurusan KTM2011 menjalankan tugas susulan.

Kepada rakan kelab yang telah memberikan alamat, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Emailkan kepada kstjb@yahoo.com atau terus saja tuliskan diruangan komen dibawah.

Kami pohon doa dari rakan-rakan basikal antik/klasik/tua agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya. InsyaAllah kita semua akan berkampung di Pontian Johor dalam mempromosikan khazanah silam kepada masyarakat setempat. "SATU JIWA SATU IMPIAN"

No comments:

Post a Comment