Sepertimana yang dirancang iaitu pada 1hb Mei 2011 (Ahad) KBKJ akan menganjurkan KAYUHAN TEROWONG MASA (KTM2011). Sebagai memudahkan rakan-rakan sepeda untuk membuat perancangan bagi menyertai KTM tersebut, disenaraikan disini tentatif program bagi tempuh 2 hari iaitu 30hb April & 01hb Mei 2011.
Tentatif pada 30hb April, sebenarnya tiada didalam perancangan awal kami tetapi terdapat ahli kelab yang ingin bermalam di Pontian lebih awal sebelum program berlangsung, kami amat mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan dan kami juga akan berusaha untuk merancang tentatif bagi malam tersebut. Bagi rakan kelab yang ingin bermalam di Pontian pada hari sabtu ( 30hb April ) diharapkan dapat memaklumkan terlebih dahulu kepada kami untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih terlebih dahulu kami ucapkan kepada rakan-rakan dari Sepeda Penang, KBTBB dan Indonesia yang telah membuat pengesahan awal sebagai peserta KTM. Kerjasama dan doa dari rakan-rakan basikal tua kami pohonkan supaya program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya . InsyaAllah.
Pohon kepada rakan-rakan kelab yang lain agar dapat memberikan alamat kelab supaya mudah untuk kami dipihak pengurusan untuk menghantar surat jemputan secara rasmi. Kerja sama dari rakan-rakan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
TENTATIF PROGRAM
30HB APRIL 2011 ( SABTU )
6.00 PTG
Ketibaan peserta yang akan bermalam di Hotel/Homestay Pontian. Dijamu dengan minuman ringan sebagai tanda selamat datang.
6.30 PTG
Check in Hotel/Homestay
Malam
Pihak penganjur akan berusaha untuk merancang program bagi para peserta yang bermalam di Pontian. Pihak kami juga inginkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan Basikal Tua berhubung dengan aturcara yang sesuai untuk malam berkenaan dan yang penting ianya tidak melibatkan kewangan yang besar.
TENTATIF PROGRAM
01HB MEI 2011(AHAD)
1.00 - 2.00 PTG
Ketibaan peserta KAYUHAN TEROWONG MASA (KTM2011)dan pendaftaran
2.00 - 2.30 PTG
Berkumpul di Dataran Pontian Johor sambil menanti ketibaan VVIP dan YB Datuk HJ Ahmad Maslan ( Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian ) - cadangan tertakluk kepada pindaan
2.30 - 2.40 PTG
Ucapan ringkas dari wakil penganjur ( KELAB BASIKAL KLASIK JOHOR )
2.40 - 3.00 PTG
Ucapan dari YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan
3.00 - 3.15 PTG
Flag Off - Pelepasan rasmi peserta KTM2011
3.15 - 5.15 PTG
Kayuhan mengelilingi Bandar Pontian ( laluan akan diumumkan kemudian ) kayuhan dijangkakan sejauh 12km
5.15 - 5.30 PTG
Kayuhan berakhir di Dataran Pontian, Jamuan Ringan & Sessi bersama Media
5.30 - 6.00 PTG
Acara Penutup dan penyampaian Cenderamata serta Sijil
6.00 - 7.00 MLM
Program KAYUHAN TEROWONG MASA tamat secara rasminya dan bersurai.
** Aturcara tertakluk kepada pindaan
No comments:
Post a Comment