DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, May 13, 2010

SEPEDA TUA JOHOR BAHRU

Salam Hormat untuk semua...
KSTJB telah bersetuju untuk menjadikan "Artwork" disebelah sebagai logo rasmi SEPEDA TUA JOHOR BAHRU. KSTJB telah mengambil kira Bangunan Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bangunan Bukit Timbalan sebagai "Trade mark" bagi logo tersebut selain dari sebuah sepeda lama menjadi aktiviti utama KSTJB. Keseluruhan ahli mengutamakan pemeliharaan terhadap khazanah lama digarap menjadi MOTO utama KSTJB.
Semoga dengan adanya logo tersebut ianya menjadi identiti dan pembakar semangat untuk KSTJB terus bergerak kehadapan dalam merealisasikan matlamat dan objektif penubuhan KSTJB. KSTJB ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Architorture.blogspot dalam membantu merekabentuk logo berkenaan.

6 comments:

  1. Memang cantik la logo ni...Tahniah.. Semoga lebih maju.. Hope pasni makin banyak program basikal tua kat johor ni.. Kat Muar dah settle, pastu K2N..pas ni kita mrayau JB lak...Hahaha.. Baru best... Wan BP

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas pelancaran logo baru KSTJB semoga lebih maju.

    ReplyDelete
  3. Tn Mufti,
    Logo baru yang menarik dan menepati ciri-ciri khazanah lama. Lepas ni boleh buat sticker @ logo besi untuk di letakan pada basikal.
    Tahniah.....burn

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan-tuan semua.
    InsyaAlah dari logo tersebut boleh diolah menjadi pelbagai barangan cenderahati.

    ReplyDelete
  5. salam kenal para ontelis SEPEDA TUA JOHOR BAHRU.ONTA PSB BANDUNG.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ONTHELAY dan salam kenal juga dari kami.

    ReplyDelete