Tanggal 6hb Julai 2010, sekali lagi KSTJB telah mengadakan kayuhan riadah. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai Johor. Sungguhpun cuaca pada petang tersebut tidak begitu baik, kayuhan tetap diteruskan sebagai memenuhi jadual yang telah ditetapkan dan tujuan kayuhan diadakan.
Secara kebetulan, sewaktu sesi kayuhan di Hutan Bandar terdapat sepasang pengantin baru yang sedang mengadakan sesi fotografi. Sepeda KSTJB telah dijadikan subjek untuk mereka mengabadikan kenangan. Kepada ahli kSTJB yang turut serta dalam kayuhan berkenaan, tahniah diucapkan dan KSTJB berharap kalian tidak serik dan akan terus mengadakan kayuhan pada masa hadapan.
Satu perkara yang dapat kami lihat ialah "SEMANGAT"...walaupun hujan atau panas...itu bukanlah alasan untuk tidak atau membatalkan aktiviti yang telah dirancang.
ReplyDeleteTahniah buat ahli-ahli KSTJB yang sanggup meredah hujan dan mengorbankan basikal tua masing-masing untuk mengharungi air. Itulah pengorbanan yang harus dilaksanakan untuk hobi yang kita cintai ini.
Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini akan menambahkan minat generasi muda dan individu meminati basikal tua di Johor Baharu...mana tau kot-kot geng2 dari Singapura pun nak ikut & menyertai KSTJB di masa hadapan...
Terima kasih KBT atas comment dan sokongan yang diberi. Memang benar, perlu ada semangat yang kuat sekiranya ingin terus maju. Hujan bukan alasan untuk sesuatu program dibatalkan.
ReplyDeleteInsyaAllah suatu masa akan ada rakyat Singapura yang turut serta dalam KSTJB. Terima kasih sekali lagi.