DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, January 4, 2011

KAYUHAN AMBANG 2011

Salam Hormat Untuk Semua...

Tanggal 31hb Disember 2010, KSTJB telah mendapat undangan dari pihak pengurusan SOBB Pulai Perdana untuk mengadakan pameran sempena Program Malam Retro SOBB 60an. Dimana seramai 30 orang ahli KSTJB telah berkumpul di Pusat Dobi Aziz ( milik salah seorang ahli KSTJB ) pada jam 8.30mlm sebelum memulakan kayuhan ke dataran SOBB.

Tepat jam 9.00 mlm ahli KSTJB memulakan kayuhan sejauh lebihkurang 2km untuk ke dataran SOBB dan kayuhan tersebut juga merupakan kayuhan salam perkenalan kepada ahli-ahli baru yang turut serta dalam menjayakan program berkenaan. Pihak Pengurusan KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut serta dan KSTJB juga memohon maaf kerana tiada program kayuhan yang agak jauh jaraknya, hanya sekadar 30 minit dan lebih kepada pameran didataran SOBB sahaja. Tetapi sambutan yang diterima oleh orang ramai dengan kehadiran kami pada malam tersebut sudah pastinya memberikan kepuasan kepada para peserta .

InsyaAllah KSTJB akan menganjurkan kayuhan bersama pada masa-masa akan datang. Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan bagi menjayakan kayuhan tersebut.

Nota:
Kepada mereka-mereka (ahli kstjb) yang membawa camera dan mengambil gambar pada program tersebut sila emailkan gambar berkenaan ke kstjb@yahoo.com

.















No comments:

Post a Comment