Kritikan basikal tua, Rohaizat Shaari angkat pengalaman dan pemerhatian ke kanvas. Tajuk petikan akhbar didalam kolom Sastera terbitan Berita harian 21 Ogos 2009. Dalam petikannya mengenai lukisan kanvas yang bersubjekkan basikal tua, beliau mengangkat basikal sebagai bahan subjek daripada kehidupanya yang dibesarkan dalam masyarakat dan keluarga petani. Beliau menggunakan basikal tua sebagai bahan subjek untuk mewakili masyarakat petani yang sememangnya dekat dengan hati dan memuatkan kritikan sosial dalam lukisan melaluinya.Kebanyakan lukisanya mengambil latar yang hidup dan menyentuh perasaan. Sumber : Berita Harian. Pautan : http://www.metro3gallery.com/
Karya berjudul Bebanan dan Mimpi
Karya berjudul Hutang dan Racun
Apa yang ingin penulis ketengahkan disini disebalik Sepeda Tua dan Kanvas adalah nilai sebuah basikal tua pada pandangan seorang pelukis dan penulis. Terlalu banyak corak kehidupan yang dapat digambarkan melalui sebuah SEPEDA TUA.
"Melukis lebih banyak mentafsir diri dari dalam diri. Lontaran dan hayunan calitan warna itu juga membuatkan seorang pelukis begitu asyik menjalin melodrama kehidupan dikanvas." Petikan dari ANTARA MENULIS DAN MELUKIS.Karya : Architorture-cyfu.blogspot.com
terima ksih kstjb atas kesudian memberi calitan & coretan minda. sungguh menarik sekali apabila disatukan sepeda dan seni. barangkali akan jadi lebih berkomunikatif sesudah aku memberi serba sedikit latar diri & latar seni. boleh dikatakan antara latar diri & latar seni aku tidak banyak yang berselindung. malah, kepada yang teliti, mereka akan menarik beberapa keping hidup aku tercantum dalam karya-karya seni itu sendiri.
ReplyDeleteOk Mr.Cyfu. Cantik dan berseni bila sesuatu yang unik dan asli diterjemahkan melalui karya seni.
ReplyDeleteSuguh
ReplyDeleteIndah
Goresan
lukisannya.....