DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Friday, May 22, 2009

Umpama Model

Salam Hormat untuk semua.....
Bukan hanya model jelitawan dan tampan sahaja berpeluang untuk memperagakan liuk lintuk mereka didepan kamera. Sepeda tua juga mempunyai peluang yang sama untuk memperagakan kehebatan dan keunikannya selaku khazanah Malaya yang masih digilai dan menjadi buruan kepada mereka yang tahu dan faham akan nostalgianya.
Dikesempatan ini penulis ingin berkonsi bersama dengan peminat sepeda tua beberapa koleksi sepeda kepunyaan penulis yang telah diberi peluang untuk dirakam kesegakanya oleh seorang jurugambar dari Architorture-cyfu. Sesi ini tidak dirancang secara formal tetapi hanya secara kebetulan, dimana sedang penulis dan cyfu duduk bersembang disuatu pagi, tergerak cyfu untuk mengambil beberapa post sepeda tua untuk dijadikan subjek pada hari tersebut.

Terus terang penulis mengatakan bahawa koleksi sepeda kepunyaanya hanya biasa-biasa sahaja tidak setaraf dan setanding dengan sepeda kepunyaan rakan gerek tua, basikal tua. Ibarat " ANTARA DUA DARJAT". Sekadar ingin memiliki khazanah Malaya yang tinggi nilainya.

Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Cyfu kerana sudi untuk menjadikan koleksi sepeda penulis yang tak seberapa ini menjadi subjek kepada lens kamera beliau. Cukup menarik. ( sesi dilakukan pada waktu kerja so tak dapat menjemput rakan KSTJB yang lain, maaf untuk rakanku ). LIHAT SETERUSNYA

2 comments:

  1. Trima kasih kerana menghargai kerja tangan hamba yg tak seberapa... ape ape pun insyallah dilain waktu kita adakan sesi fotografi bersama sama rakan sepeda yg lain....

    ReplyDelete
  2. ..nice shot bro.. mmg teringin nak shoot sepeda ni with proper setup..
    skrg ni dok bantai shoot sepeda yg terlintas kat depan mata jer.. 1 day.. insyaAllah.

    ReplyDelete