DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, June 26, 2011

BASIKAL TUA DI CABARAN TEH TARIK F&N



SALAM HORMAT DAN SALAM SATU MALAYSIA
26hb June 2011 (Ahad) jam 5.30 petang. Berakhirlah sudah penantian oleh penggiat Basikal Klasik di Kelab Basikal Klasik Johor dan Kelab Basikal Antik Benut. Dimana pada petang tersebut sokongan kedua-dua kelab basikal di Johor terhadap Program Cabaran Teh Tarik F&N TV3 ditayangkan untuk tatapan umum. Hanya sekadar ucapan jutaan terima kasih yang dapat diungkapkan terutamanya kepada rakan-rakan yang menjayakan penggambaran pada 17hb Mei 2011 serta tidak ketinggalan juga kepada Crew Cabaran Teh Tarik yang sudi mengundang kami dalam menjayakan program berkenaan.

Bukan untuk bermegah dan jauh sekali untuk mencari glamour tetapi untuk terus melestarikan basikal tua dimata masyarakat Johor Bahru khasnya dan Malaysia umumnya. Walaupun pelbagai program anjuran TV3 yang berkisar kepada basikal tua telah beberapa kali ditayangkan di kaca TV, tetapi ia tetap menarik minat producer2 program TV untuk terus membuat liputan terhadapnya. Ini merupakan satu signal yang cukup kuat terhadap keunikan basikal tua itu sendiri hinggakan liputan terhadap basikal tua terus mendapat tempat dihati mereka.
BUDAYA BERBASIKAL,KHAZANAH SILAM KEKAL TERPELIHARA.

No comments:

Post a Comment