DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Saturday, July 17, 2010

UNDANGAN UMALL PULAI UTAMA, SKUDAI

Sebagai memenuhi tujuan dan matlamat utama KSTJB iaitu mempermosi serta memperkenalkan sepeda tua kepada umum, KSTJB telah menerima jemputan dari UMALL bagi mengadakan pameran sepeda tua sempena pertandingan Karaoke Superstar UMall Idol pada 10,11,17 & 18hb Julai 2010. Sebanyak 30 buah basikal telah dipamerkan untuk tatapan pengunjung UMall.

Selain dari sepeda tua, beberapa buah Vespa dari Kelab Vespa Johor telah turut serta pada pameran berkenaan. Sebagai daya tarikan kepada pengunjung UMall, KSTJB telah mempamerkan beberapa koleksi pemain piring hitam keluaran era 60an dan 70an untuk diperkenal dan diperdengarkan kepada orang ramai. KSTJB amat berterima kasih kepada para pengunjung yang memberi galakan dan sokongan moral terhadap usaha kami mengetengahkan khazanah lama kepada generasi kini. Tidak ketinggalan juga beberapa undangan dari pengunjung yang berminat untuk menjemput kami dalam majlis keramaian dan juga perkahwinan.

Pada 8hb Ogos, sekali lagi KSTJB diberi perhormatan untuk mengiringi peserta final pertandingan karaoke dalam satu perarakan bersama Kelab Vespa Johor. Jutaan terima kasih KSTJB ucapkan khususnya kepada ahli KSTJB yang sudi mengambil bahagian didalam pameran tersebut dan tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih kepada pihak UMall kerana sudi menjemput kami dan menyediakan ruang bagi penyimpanan sepeda tua setiap kali berakhir pameran serta layanan baik dari para staf UMall.










2 comments:

  1. Tahniah warga KSTJB!

    Usaha-usaha memartabatkan basikal tua yang konsisten ini seharusnya diteruskan. Kami sentiasa mendoakan KSTJB akan terus mengorak langkah lebih maju ke hadapan untuk kita bersama-sama berpadu tenaga untuk acara-acara yang lebih besar di masa hadapan.

    Tahniah & Syabas!

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih KBT. InsyaAllah kami akan terus memertabatkan basikal tua untuk tatapan masyarakat umum, khususnya generasi muda.

    ReplyDelete