DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, January 27, 2009

segak bergaya bersama sepeda tua

Salam hormat untuk gerekers,onthelis semua.

Sambil bersembang dengan rakan-rakan sekerja di Cafeteria tentang pelancaran MPV Proton terbaru, saya terpandang gambar yang terdapat didalam majalah sisipan Utusan Malaysia "estidotmy" keluaran hari ini bertarikh 28 Jan 2009. Bagi saya gambar tersebut lebih menarik dari topik yang disembangkan. Mula le saya mendapat ejekan dari rakan-rakan yang tidak sealiran dengan minat terhadap sepeda lama, tapi itu bukan pembakar semangat untuk saya meneruskan minat sehadap sepeda tua. Apa nak buat, minat seseorang tak sama, tak gitu !!! sabar jer le. Dalam slot tersebut dinyatakan tentang fakta keujudan basikal dan sedikit tentang apa itu basikal ( fizikalnya ). Pastinya rakan-rakan sepeda sedia maklum dengan fakta yang diberikan. Tetapi apa yang menariknya adalah sepeda itu sendiri... cukup mulus...dan cukup cantik. sapa punya basikal ler agaknya dan siapa empunya diri yang cukup segak memperagakan uniform anggota polis pada era tersebut sambil menunggang sepeda lama. Tahniah kepada empunya diri dan sepeda berkenaan. Tahniah juga kepada estidotmy.

petikan estidotmy
Untuk makluman para penggemar sepeda,gerek,basikal antik, gambar tersebut adalah En.Salim dari Kelab Sepeda Taiping tetapi kini beliau telah kembali ketanah tumpah darahnya di Muar. Beliau merupakan seorang yang hardcore dalam bidang sepeda, pengalaman yang diperolehi cukup mendalam dan mempunyai banyak koleksi sepeda seketika dulu. Dimaklumkan beliau masih lgi bergerak aktif dalam bidang sepeda antik. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaidan dari Kelab Sepeda Taiping diatas pengesahan yang diberikan dan juga Saudara MK dari KSTKPB atas maklumat yang diberikan kepada wakil KSTJB. Sekiranya terdapat percanggahan dalam info berkenaan, diharapkan para gerekers dapat menghubungi pihak KSTJB bagi tujuan pembetulan dan penambahan info.Syabas diucapkan kepada En.Salim.

6 comments:

  1. Teringat film jaman dahulu yang menampilkan polisi dengan sepeda ontel.

    ReplyDelete
  2. macam pak polisi dalam film bukt kepong pulak, sape punya basikal la ni bertuah sungguh badan heheheh

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk Ajid dan sepedagaek..
    Gambar tu diambil jaman sekarang..cuma kostumnya saja jaman dulu.

    ReplyDelete
  4. Ya...sudah lama nak dapatkan En Salim, akhir sekali saya cerita nya di Tanjung Malim...

    ReplyDelete
  5. jadi teringat sepeda almh. kakek..

    heheh

    ReplyDelete
  6. Thanks dhe...kerana meninggalkan coretan. Gerekersungaipetani.... Mr.Salim berita terakhir dah balik ke batu Pahat Johor.

    ReplyDelete