Selamat sejahtera untuk semua penggemar sepeda....
KSTJB telah menerima kiriman email dari seorang rakan sepeda. Didalam email beliau telah disertakan foto koleksi beberapa buah sepeda kenalan beliau yang menetap di Batu Pahat "otai Batu Bahat" la nie agaknya. Tetapi penggirim tidak menyatakan jenama sepeda tersebut dan foto yang diambil juga hanya memaparkan pandangan dari satu view sahaja. KSTJB bertanggung jawab untuk menyiarkan kiriman sahabat kita itu. Diharapkan penggirim atau pemilik sepeda tersebut dapat menggirimkan maklumat berkenaan untuk dikongsikan bersama atau pun harcore sepeda yang lain telah lebih maklum, lihat saja sepeda dah tahu apa jenamanya. Ada sepeda keluaran terawal ( tayar depan besar ) lagi tu.... tapi jangan terkejut, perhatikan betul-betul. KSTJB mengucapkan terima kasih kepada penggirim dan pemilik koleksi sepeda kerana sudi untuk berkongsi sama khazanah malaya untuk tatapan umum.
longgokan sepeda dahulu dan kini
bang ! yang galang dua tu
nak juai pada moderator kot
Jangan lepaskan, pergi jengok cepat dan tanya khabar. Tunggu lama nanti orang lain kebas. Kalau pergi tu, aku nak ikut sama. Basikalnya dijaga baik, macam gadis pingitan.
ReplyDeleteBoleh KSTJB tanya sesuatu. Cempaka nie lokasi di mana eks. Nampak gaya macam di Johor. Tapi di mana eks, kalau sekitar skudai jom ler join KSTJB atau sememangnya ahli KSTJB tetapi macam jauh tapi dekat. TQ
ReplyDeletemari mari kita buah kayuhan amal ke bp menjejaki rakan peminat koleksi basikal ini, orangnya cukup low profile dan kini baru bergelar tuan haji.
ReplyDeleteKoleksi sepedanhya sangat bagus,
ReplyDeleteCempaka, kopsia , ijass dan cikgu adalah orang sama, cuma lain sikit suaranya.Saya tinggal di Kuala Selangor, jauh juga. Tetapi sekarang ini apa yang susah, tunggang basikal atau bawa basikalpun boleh sampai. Jumpa lagi.
ReplyDelete