DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA !

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.....
Laungan keramat pada 31hb Ogos 1957...iaitu 53 tahun yang lalu. Kini laungan tersebut bergema semula tepat detik 12.00 malam di dataran jam besar Kota Tinggi Johor dan mungkin juga dikeseluruhan negeri di Malaysia. Seramai 30 orang pemilik sepeda tua dari Sepeda Tua Johor Bahru, Kelab Sepeda Klasik Kota Tinggi dan juga pemilik basikal antik dari Mawai Kota Tinggi Johor telah bersama-sama memeriahkan suasana di Ambang Merdeka menandakan sokongan kami kepada 1 Malaysia.

Satu program kayuhan di Ambang Merdeka telah diadakan di Bandar Kota Tinggi secara tidak rasmi, hanya secara berpakat untuk berkayuh bersama pada malam tersebut. Beberapa orang ahli dari KSTJB telah bertolak seawal 5.30 ptg ke Kota Tinggi dengan tujuan dapat memenuhi undangan dari Kelab Sepeda Klasik Kota Tinggi untuk berbuka puasa bersama, berjemaah bersama dan akhirnya berkayu bersama disekitar Bandar Kota Tinggi.

Program kayuhan di Ambang Merdeka pada malam tersebut berjalan dengan lancar dan cukup bermakna bagi kami pemilik sepeda tua. Secara tidak langsung kami dapat mempromosikan khazanah silam Malaya kepada masyarakat Kota Tinggi yang turut hadir untuk melaungkan kata hikmat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA !. Sebelum menjelang detik 12.00 tengah malam, kami sempat berkayuh mengelilingi bandar Kota Tinggi. Kehadiran kami bersama sepeda tua tetap mendapat tempat dimata pengunjung-pengunjung yang sedang sibuk mencari persiapan Hari Raya dibazar Kota Tinggi.

KSTJB ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada HJ Hazli dan keseluruhan rakan-rakan Sepeda Kota Tinggi yang telah bersusah payah melayan dan menyambut kehadiran kami dari KSTJB.Kami amat teruja dengan kemesraan ahli-ahli Sepeda Tua Kota Tinggi seolah-olah kami telam lama berkenalan. Itulah keunikan yang terdapat pada mana-mana pemilik sepeda klasik, mereka tetap mesra walaupun baru kali pertama bertemu. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan -rakan sepeda dari Mawai Kota Tinggi.




























4 comments:

  1. Terima kasih buat Kelab Sepeda Klasik Kota Tinggi. Anda semua hebat!!!

    ReplyDelete
  2. Salam kemerdekaan dari saya buat semua peminat basikal tua di selatan tanah air....1 Malaysia Menjana Transformasi, Basikal Tua Pengerat Siratulrahmi...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Anonymous.
    Salam 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Tahniah... Tahniah.. Lepas ni bleh buat tour 1Johor plak... hehe.. Wan BP

    ReplyDelete