Penulis berasa amat terharu kerana belum mencecah angka sepurnama persahabatan yang terjalin menerusi alamaya dan berbalas sms, tiba-tiba penulis mendapat pesanan sms menyatakan pengirim berkehendakan alamat lengkap kerana ada barangan yang hendak dihantar sebagai tanda persahabatan diantara dua insan yang sama mengemari khazanah sepeda tua.
Keesokan harinya juga posto telah tiba bersama barangan yang dikirimkan. Alangkah terujanya penulis dengan barangan yang diterima iaitu berupa sehelai t'shirt yang cukup cantik dan 1 unit batch (lencana)....ngam soi pulak t'shirt tersebut bila diperagakan. Sebelum nie penulis ada juga terpandang t'shirt berkenaan dilaman blog rakan sepeda untuk dijual. Berdetik hati untuk membelinya. Tapi kalau dah rezeki kan...tak kemana. Penulis ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada Chegu Hopper ( gerekers sungai petani ) atas pemberian ikhlas barangan tersebut. Sempat juga le...ditayangkan kepada rakan gerek di Johor nie. Terbakar gak depa..Anyway terima kasih sekali lagi dari saya buat sahabat yang pertama menyahut dan membuat panggilan kepada penulis. Don't worry Chegu..ada ubi ada batas....tapi tungguuu.......
No comments:
New comments are not allowed.