DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, July 12, 2009

SEPEDA TUA DI GIANT TAMPOI



Salam Hormat..

Vespa dan Lambretta merupakan motorsikal yang menjadi kegilaan dan buruan muda-mudi pada era tahun 60 an. Sesiapa yang memilikinya pada ketika itu dianggap sebagai pemuda bertuah dan menjadi gilaan golongan pemudi di mana-mana jua. Cukup klasik bila mereka menunggang vespa/lambretta bersama busana kebaya bagi pemudi dan baju kotak-kotak berseluar "yengki" dan berjambul bagi pemuda.

Tanggal 12 Julai 2009 bertempat di perkarangan Hypermarket Giant Cawangan Tampoi telah diadakan satu pertandingan Vespa dan Lambretta anjuran bersama Giant Tampoi dan Kelab Vespa Johor. Turut dianjurkan pada hari tersebut adalah pameran Motosikal Antik dan juga motorsikal berkuasa tinggi. KSTJB tidak ketinggalan menerima jemputan buat pertama kalinya dalam pertandingan dan pameran tersebut. Tiada pertandingan bagi kategori basikal tua hanya sekadar mempromosikan khazanah sepeda tua kepada orang ramai. Ianya merupakan satu penghormatan kepada kami di KSTJB.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Hj Osman bin Hj Sapian, ADUN Kempas, Johor dan sejurus itu beliau meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan para peserta pertandingan dan pameran. Y.Bhg Dato' sempat untuk mencuba salah sebuah sepeda kepunyaan ahli KSTJB. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang kenangan lampau beliau dizaman persekolahan dan zaman remaja yang menggunakan sepeda sebagai tungganganya. Penulis teruja dengan deretan classic bikes terutama dari jenama BSA, terdetik dihati kecil untuk memilikinya suatu masa nanti. Fughhh......

Walaupun tiada pertandingan untuk sepeda tua tetapi salah seorang ahli KSTJB telah terpilih untuk menerima hadiah dari penaja bagi kategori Busana Retro 60 an. KSTJB ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur (Kelab Vespa Johor dan Giant Tampoi ) kerana menjemput kami dalam karnival tersebut. Ternyata sepeda tua masih dapat menambat minat orang ramai yang menyaksikan pameran tersebut. Pihak penganjur telah menunjukkan minat untuk melibatkan KSTJB dalam program-program mereka yang akan datang.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli KSTJB yang sudi berkorban masa dan turut serta dalam pameran yang diadakan. Tidak lupa untuk Mr. Cyfu dari

architorture-cyfu.blogspot yang turut bersama kami walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat dan urusan yang banyak pada hari tersebut. Tabikk spring cyfu.........

Sila klik DISINI untuk melihat gambar-gambar dalam paparan yang lebih jelas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

  • Mofti : 012-7650920
  • Burn : 019-7170060
  • Ajid : 017-7585179
  • Mr.Cyfu : 019-7717318 ( Cameramen )

5 comments:

  1. Buka main meriah dan ada kelas tersendiri.....Syabas

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kopsia....blog Basikal Antik bila nak keluarkan artikel yang dikemaskini ...TQ

    ReplyDelete
  3. Blog itu direhatkan sehingga aman.....sila ke blog basikal. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Ok faham roger. TQ
    Daripada ada masalah baik rehatkan dulu.

    ReplyDelete
  5. Sdr Mofti,

    Terima kasih saling ingat mengingati, sebagai blogger kita bertanggungjawab memantau isi blog dengan baik. Isi kandungan yang dipaparkan belum tentu boleh diterima baik oleh netter. Jumpa lagi.

    ReplyDelete