DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, July 21, 2009

BASIKAL TUA KELILING SEMENANJUNG

KSTJB ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Sdr Nor Izam (GB) kerana berjaya dalam kayuhan dan seterusnya mendapat liputan beberapa akhbar tentang kayuhan beliau. KSTJB ingin berkongsi sama dengan rakan-rakan sepeda yang lain tentang liputan akhbar Kosmo hari ini ( 22hb Julai 2009 ) berkenaan kayuhan Basikal Tua Keliling Semenanjung.

ALOR SETAR - Usah diperkecil keupayaan basikal tua untuk menempuh perjalanan jauh.

Ini kerana kemampuannya sudah dibuktikan oleh Nor Izam Abd. Latif, 27, yang mengayuh basikal buatan tahun 60-an itu ke seluruh Semenanjung dengan perjalanan lebih 2,500 kilometer (km). Nor Izam memulakan kayuhan di Batu Gajah, Ipoh pada 1 Julai lalu dan semalam berada di bandar raya ini setelah mengharungi tiga minggu perjalanan yang dijadual berakhir di lokasi sama Khamis ini. Menurutnya, aktiviti itu merupakan Kayuhan Sepeda Tua Jelajah Semenanjung dalam usaha mempromosi basikal tua di kalangan masyarakat.

"Saya pernah bermimpi seorang lelaki membisikkan kepada saya, boleh kayuh lagi jauh. Sejak itu saya berazam untuk mencuba dan ia hampir berjaya," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Sepanjang tiga minggu kayuhan, Nor Izam singgah di Slim River, Petaling Jaya, Nilai, Batu Berendam, Batu Pahat, Johor Bahru, Endau, Pekan, Chukai dan Dungun, Machang, Lenggong, Changkat Jering, Nibong Tebal, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Kangar.
Tahniah sekali lagi dari kami di KSTJB khusus untuk Mr.GB dan rakan-rakan sepeda yang turut membantu beliau di sepanjang kayuhannya. Sila klik di gambar untuk ke berita KOSMO.

No comments:

Post a Comment