
“BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT” begitulah perumpamaan yang boleh dinyatakan diantara nilai persahabatan yang sejati diantara dua negara Malaysia dan Indonesia.. Tanpa muafakat dan kesepakatan bersama untuk memertabatkan sepeda tua dikemuncak kegemilangan, mana mungkin Projek Mega "KAYUHAN DUA NEGARA (K2N) Malaysia dan Indonesia dapat direalisasikan.
Mungkin pada dasar permulaan kayuhan tersebut hanya sekadar untuk bertukar pendapat dan pandangan dari rakan di Indonesia khususnya tentang basikal tua, tetapi kini K2N telah menjadi suatu program yang mungkin "wajib" dilaksanakan setiap tahun sebagai agenda tahunan bagi mengumpulkan penggiat sepeda tua di Malaysia dan Indonesia. Mungkin agak mustahil dan sukar untuk dilaksanakan apatah lagi penyertaannya melibatkan peserta dari luar negara yang tentunya memerlukan kewangan serta masa yang benar-benar selesa untuk merealisasikannya. Tetapi sepertimana perpatah tadi yang mengatakan "BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUFAKAT" maka segalanya yang dianggap mustahil dan agar sukar untuk dilaksanakan telah terbukti berjaya dilaksanakan dan telahpun masuk musim ke2.
Walaupun kami tidak dapat turut serta pada kali ini tidak bererti kami peluang kami untuk berjayuh bersama di Indonesia telah berkubur disini. Pastinya masih ada peluang dan ruang untuk kami menghadiri program kayuhan yang sememangnya banyak dianjurkan di Indonesia. Kami dimaklumkan bahawa hampir setiap bulan ada saja kayuhan sepeda tua di jalankan di sana.
"Sebagai sebuah kelab yang inginkan nostalgia silam sepeda tua terus dilestarikan dan K2N juga ingin diteruskan menjadi K2N episod 3 kami seluruh warga KBKJ ingin melamar kepada pencetus program berkenaan iaitu KBTBB dan KOSTI agar K2N episod ke 3 diadakan dibumi bertuah Johor Bahru pada tahun 2011"
ReplyDeleteMerujuk pada penulisan dan kesudian KSTJB untuk menjadi Tuan Rumah...saya sangat-sangatlah mengalu-alukan semangat seperti ini. Pasti ramai juga yang sudah mengetahui bahawa acara pada tahun 2012 nanti akan di adakan di Johor.
Sungguhpun begitu saya selaku Ketua Projek K2N I dan II ingin menjemput wakil-wakil dari KSTJB untuk diadakan satu Mesyuarat Khas mengenai acara tersebut. Adalah menjadi satu tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa acara yang berprestij ini dapat dikelolakan dengan profesional dan penuh integriti kerana ini melibatkan nama negeri dan negara.
Terima kasih saya khas buat Sdr. Mofti yang sentiasa menyokong acara-acara basikal yang ada di tanahair. Hanya blog ini dan beberapa blog lain sahaja yang masih aktif mempertahankan warisan basikal tua ini. Justeru membuktikan bahawa KSTJB memang tulus mendokong dan melestarikan basikal tua ini di Malaysia. Saya yakin acara K3N pada 2012 akan dapat direalisasikan.
Sekian. Terima Kasih.
Ikhwan Ibrahim
KP - K2N I dan II
Kelab Basikal Tua Batu Berendam
...