DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, March 23, 2011

SALAM HORMAT SEMUA

Walaupun Kelab Basikal Klasik Johor (KBKJ) kini sedang sibuk membuat persiapan untuk Program Kayuhan Terowong Masa (KTM2011), namun beberapa orang ahli dan orang-orang kuat KBKJ tetap cuba untuk memenuhi permintaan orang ramai bagi mempamer dan mempromosi khazanah lama dimata masyarakat Johor Bahru khususnya.

Pada 19hb Mac 2011, KBKJ telah mendapat undangan sempena Majlis Perasmian Logo Baru Utusan Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru. Lebih kurang 25 buah basikal dipamerkan untuk tontonan dan pendedahan kepada orang ramai. Program berkenaan di rasmikan oleh Y.A.B Dato' Hj Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Y.A.B sempat membuat lawatan ke ruang pameran basikal lama dan menandatangani surat sokong yang disediakan oleh KBKJ. Pihak KBKJ juga berpeluang menyerahkan kepada Y.A.B surat jemputan selaku perasmi KTM di Pontian dan juga sebagai peserta kayuhan pada hari tersebut serta cenderahati dari KBKJ khusus buat Y.A.B Dato'.

KBKJ ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.A.B diatas kesudian Y.A.B untuk memberi sokongan terhadap kegiatan kami yang dianggap amat baik bagi beliau. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas sumbangan peribadi beliau dalam menjayakan KTM2011. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat KBKJ iaitu Tuan Hj Kadir kerana sudi memeriahkan lagi pameran basikal klasik dengan informasi dan gambar-gambar bagi tujuan tatapan orang ramai. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan KBKJ yang sudi bersama menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment