tag:blogger.com,1999:blog-595118500381703261.post5489329922120356509..comments2023-12-09T00:45:28.948-08:00Comments on KELAB SEPEDA TUA JOHOR BAHRU: UNDANGAN KAYUHAN 2 NEGARAKELAB SEPEDA TUA JOHOR BAHRUhttp://www.blogger.com/profile/03180547756588861371noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-595118500381703261.post-83082945941283260362010-04-29T17:53:15.823-07:002010-04-29T17:53:15.823-07:00Salam sejahtera...salam K2N!
Terima Kasih khas bu...Salam sejahtera...salam K2N!

Terima Kasih khas buat KSTJB kerana memang jelas dari mula lagi telah menyokong usaha murni acara K2N ini. KBTBB dan BM telah sedaya upaya membuat yang terbaik untuk menguruskan acara yang bakal diadakan pada 5 & 6 Jun 2010 nanti.

Kami kini dalam usaha mendapatkan lebih banyak penaja untuk memberikan yang terbaik kepada peserta yang hadir. Yuran Pendaftaran RM15 telahpun dimansuhkan atas cadangan dari sahabat basikal tua tetapi sedikit dikesali kerana ada lagi yang masih "berkira" mengenai hal-hal "duit".

Seperti yang dinyatakan Sdr. Mofti sahabat-sahabat kita di Indonesia mengeluarkan belanja yang besar (berjuta rupiah) untuk ke Malaysia. Adalah sangat-sangat memalukan bagi kita yang lebih berkemampuan ini untuk mengharapkan "subsidi" seperti duit minyak, tol dan duit poket untuk datang menyertai acara K2N.

Saya sendiri menyertai acara Kayuhan "besar" dengan mengunakan duit poket sendiri, begitulah juga dengan sahabat-sahabat kita dari Indonesia. Bagi penulis Pemimpin dari kelab-kelab juga harus bijak membuat keputusan dan bijak mencari jalan. Itulah yang dilakukan KBTBB selama ini bersatu hati dan membuat "collection" dikalangan ahli-ahlinya tanpa mengharapkan 1 sen bantuan dari orang.

Ringkasnya...kita harus mampu "keluar" dari kepompong dan mampu membawa ahli-ahli "keluar" mecari kelainan dan pengalaman. Janganlah dibatasi dengan masalah-masalah kecil dan berperangai kebudak-budakkan dan emosi. Kita hadir kerana mahu melihat "perubahan" dan menambah kenalan dan mahu maju dan berjaya.

Kami amat berbesar hati menyambut sahabat-sahabat yang datang dengan penuh semangat persahabatan, ikhlas dan jujur pada diri sendiri.

Terima kasih sekali lagi buat KSTJB.

Ikhwan@BM.Anonymousnoreply@blogger.com