DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, November 9, 2011

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2011

Sambutan Kemerdekaan Anjuran THE GREAT SEAL OF THE PATRIOT FOUNDATION iaitu sebuah badan NGO di Johor Bahru bertempat di Taman Setia Tropika pada 17hb Sept 2011yang lalu. KBKJ diundang bagi membantu penganjur memberikan penerangan berhubung sejarah sewaktu zaman Pendudukan Jepun, Zaman Pendudukan Inggeris dan Zaman Era Kemerdekaan kepada para pengunjung serta tentang Basikal Antik itu sendiri. KBKJ juga diberi penghormatan untuk menaikkan Bendera Malaysia sementara Saudara Aziz diberi penghormatan melaungkan Kemerdekaan sebanyak 7 kali. Seramai 9 orang ahli KBKj lengkap berpakaian era 60an sepertimana dikehendaki oleh pihak penganjur. Program berakhir dengan pertunjukan bunga api pada jam 11.00 malam.

Nilai dan nostalgia lampau turut dikongsikan bersama oleh KBKJ dengan cara memperaggakan pakaian serta kenderaan (basikal) yang digunakan suatu ketika dahulu oleh penduduk di Malaya. Hobi berbasikal tua bukan sahaja sekadar untuk keseronokan sewaktu berkayuh beramai-ramai tetapi sumbangan ahli kepada mana-mana badan atau pertubuhan dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan masyarakat 1 Malaysia.

Seluruh warga KBKJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh
THE GREAT SEAL OF THE PATRIOT FOUNDATION. Terima kasih juga kami ucapkan kepada saudara Rizal Jepun yang sanggup datang jauh dari Segamat untuk turut serta didalam aktiviti murni ini.


319942_10150322591548879_825463878_8043445_774009402_n319942_10150322591543879_825463878_8043444_1214037027_a319942_10150322591558879_825463878_8043447_2145830688_n319942_10150322591553879_825463878_8043446_1935762410_n319942_10150322591563879_825463878_8043448_802132789_n314667_10150322594078879_825463878_8043463_1923195131_n 314667_10150322594083879_825463878_8043464_2132657814_n314667_10150322594093879_825463878_8043466_1318008273_n314667_10150322594098879_825463878_8043467_445632843_n300217_10150322647308879_825463878_8044088_126990035_n300217_10150322647313879_825463878_8044089_1187210166_n300217_10150322647323879_825463878_8044090_483518405_n 300217_10150322647328879_825463878_8044091_1087802923_n300217_10150322647333879_825463878_8044092_1997009312_n166948_10150322649468879_825463878_8044116_475726879_n166948_10150322649473879_825463878_8044117_376141002_n166948_10150322649483879_825463878_8044118_1367156849_n166948_10150322649488879_825463878_8044119_42568980_n 309226_10150322652163879_825463878_8044137_505993757_n309226_10150322652173879_825463878_8044138_1513304093_n309226_10150322652178879_825463878_8044140_1332600092_n309226_10150322652193879_825463878_8044141_1995620874_n309226_10150322652198879_825463878_8044142_762871172_n296186_10150322654738879_825463878_8044188_90086568_n

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2011, a set on Flickr.

No comments:

Post a Comment