Pemandangan Taman Merdeka yang bakal menjadi sebuah lagi lokasi kunjungan pelancong dan rakyat Johor Bahru untuk beriadah
Y.B Dato' Abdul Ghani Othman sedang menyalakan lampu minyak tanah pada salah sebuah basikal kepunyaan ahli KBKJ
SEMPENA PERASMIAN TAMAN MERDEKA JOHOR BAHRU ( 20HB JULAI 2011), a set on Flickr.
30HB JULAI 2011 sehari sebelum umat islam di Malaysia menyambut ketibaan Ramadhan, KBKJ bersama-sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta Jabatan Kerajaan dan Pihak Swasta yang lain telah bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan majlis PERASMIAN TAMAN MERDEKA JOHOR BAHRU, yang di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Menteri Besar Johor ( Dato' Abdul Ghani Othman ).
KBKJ diminta untuk memperaggakan Basikal Klasik serta pakaian ala 60an serta pakaian askar Jepun kerana ingin menepati tema Taman Merdeka.
YB Dato' MB sempat melakukan gimik dengan menyalakan lampu minyak tanah pada salah sebuah basikal kepunyaan KBKJ. Sdr.Mofti juga telah menyematkan Pin KBKJ kepada YB Dato; sebagai tanda penghargaan kepada YB Dato' atas kesudian MB melakukan gimik.
KBKJ juga ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Sdr. Rizal Jepun yang sudi hadir dari jauh (Segamat) semata-mata ingin bersama dan membantu KBKJ dalam misi mempromosi basikal tua di Taman Merdeka Johor. Kehadiran askar Jepun pada hari tersebut amat menerujakan para penggunjung dan tetamu kerana rata-rata tetamu atau penggunjung yang melihat kelibat Sdr. Rizal pastinya mereka akan terpegun dan sudah pastinya juga gambar sebagai kenangan abadi akan di rakam.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan sepeda dari Kelab Basikal Antik Benut (KBAB) yang sentiasa berkerjasama dengan KBKJ dalam apa juga aktiviti anjuran KBKJ ataupun undangan yang diterima oleh KBKJ. Terima kasih diucapkan juga kepada semua ahli-ahli KBKJ yang sudi hadir dalam menjayakan program tersebut walaupun sibuk dengan tugas harian.

No comments:
Post a Comment