DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, April 19, 2011

KTM( 2011) INFORMASI TERKINI

SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA

Bahang kayuhan TEROWONG MASA BADAR PONTIAN kian terasa dan makin menghampiri kita semua. Segala persiapan yang perlu dan wajib ada, kian rancak disediakan. Pengesahan dari para peserta kayuhan pada hari tersebut ( 01hb Mei 2011) telah diterima. Sambutan amat menggalakkan, walaupun ada dikalangan rakan-rakan kita yang tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

KBKJ masih mengalu-alukan dan menjemput rakan-rakan basikal klasik/tua/antik agar dapat bersama-sama memeriahkan dan merelisasikan impian semua. Kepada kelab-kelab yang masih 50-50 untuk hadir, kami masih lagi membuka penyertaan. Hanya nyatakan saja bilangan dan dari kelab/persatuan mana.

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.B Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian insyaAllah akan merasmikan KTM2011 dan Y.B Datuk juga akan berkayuh bersama peserta pada hari tersebut. Diharapkan Y.B Datuk diberi kesihatan dan kesempatan untuk bersama kita pada hari kayuhan nanti.

InsyaAllah, akan ada sesuatu kejutan yang menanti peserta terutama kepada peserta yang bermalam dihomestay pada malam minggu berkenaan selain program kayuhan yang akan kdiadakan pada malam tersebut. KBKJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan sepeda yang sudi untuk hadir dan menyokong program yang dianjurkan oleh kami.




KEMUDAHAN HOTEL YANG DAPAT KAMI SEDIAKAN KEPADA
RAKAN SEPEDA YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN

HANYA PERLU MAKLUMKAN ROOMS YANG MENJADI PILIHAN HATI



HOTEL GARDEN PONTIAN ( FACING SEA VIEW )


Deluxe Room
mengadap laut RM124++ - include breakfast 2 person


STANDARD ROOM
MENGADAP LAUT RM 150++




WAN LOONG BUDGET HOTEL - RM 88 INCLUDE BREAKFAST 2 PERSON


HOMESTAY YANG BAKAL MEMBERI KEPUASAN KEPADA
PESERTA KAYUHAN TEROWONG MASA (KTM2011)
MAMPU MEMUATKAN SEHINGGA 60 ORANG DALAM SATU MASA

KEJUTAN AKAN BERLAKU DISINI, INSYAALLAH
LOKASI DIBENUT PONTIAN
TERKENAL DENGAN DAGANGAN BARANG TERPAKAI
DARI KOTA SINGAPURA PADA MALAM MINGGU.







No comments:

Post a Comment