DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, April 24, 2011

INFOMASI TERKINI KTM 2011



Salam Hormat Untuk Semua

Hanya tinggal 6 hari sahaja Basikal Tua akan menggeggar Bandar Pontian. Bilangan peserta yang telah membuat pengesahan kini mencecah hampir kepada 200 orang peserta. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sepeda semua di atas sokongan yang diberikan.

Setelah menjalani beberapa proses berbincangan dan mesyuarat, KBKJ telah menentukan dan menetapkan tarikh Kayuhan tetap sepertimana asal iaitu 1Mei 2011 ( Ahad jam 3.00petang di Padang Pontian.) Disaat akhir kami mendapat kejutan yang membuatkan kami terkejut teramat sangat. Dimana ada peserta yang mendapat khabar Kayuhan tersebut dibatalkan. Pihak kami menegaskan disini bahawa kayuhan tersebut tetap diadakan. Anggap ia suatu khabar angin sahaja.


Keputusan juga telah dibuat untuk beberapa pekara utama seperti :

1. Peserta akan mendaftar di Homestay Benut pada Sabtu petang.

2. Peserta yang bermalam di Hotel Pontian juga dikehendaki mendaftar dahulu di Homestay berkenaan

sebelum ke Hotel di Pontian.

3. Kayuhan sebelah malam akan di tukar di pekan Benut dan bukannya seperti jadual asal di

Pontian.Kayuhan TEROWONG MASA di bandar pontian ( 1Mei2011 jam 3.00 ptg ).

Kayuhan sebelah malam terpaksa di tukar ke Benut, kerana jarak perjalanan dari Benut (Homestay)

untuk ke Pontian sejauh 20km. Bagi menggelakkan peserta terpaksa berulang alik dari Homestay ke Pontian.

4. Malam minggu di adakan Kayuhan di benut dan selepas itu peserta Kayuhan Malam akan dijamu dengan Ubi Rebus dan Ubi bakar serta Kopi Panas dan karaoke suka-suka oleh peserta sendiri.

KBKJ akan berusaha untuk menyediakan sarapan pagi di Homestay ala kampung. lempeng kot.


Para peserta yang datang dari arah utara digalakkan supaya keluar di TOL SIMPANG RENGGAM dan terus menuju ke arah BENUT. kami akan menyediakan beberapa orang AJK untuk menyamput para peserta dibeberapa tempat sepanjang laluan ke BENUT. Sila hubungi En Yazid (AJID) bagi pengesahan dan pertanyaan.

No comments:

Post a Comment