DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, April 18, 2011

KAYUHAN MESRA ALAM

SALAM HORMAT.
Walaupun ahli KELAB BASIKAL KLASIK JOHOR, kini sedang sibuk membuat persiapan untuk KAYUHAN TEROWONG MASA DI PONTIAN JOHOR, namun pada 16hb April 2011 yang lalu KBKJ masih sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Jabatan Alam Sekitar Johor menjayakan program MESRA ALAM, turut serta dalam program berkenaan adalah AHLI ALAM SEKITAR JOHOR pelbagai lapisan usia dan bangsa.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan ucapan Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan Datuk Bandar Johor Bahru. Tepat jam 9.00 KBKJ bersama kelab basikal Mountaibike dari Shimano dan Gelang Patah memulakan kayuhan sejauh 10km. Peserta kayuhan berhenti seketika di Sekolah Menengah Air Molek untuk aktiviti menanam pokok disekitar kawasan sekolah tersebut. Program berakhir jam 12.00 tengahari.

Alhamdulillah, dengan penglibatan yang hanya beberapa jam sahaja, KBKJ telah mula dikenali oleh beberapa Kerajaan di Johor Bahru seperti Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pelancongan Johor termasuk Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru sendiri. InsyaAllah KBKJ akan merancang sesuatu bersama-sama dengan agensi berkenaan untuk aktiviti mendatang, tambahan Datuk Bandar sendiri menaruh minat terhadap KBKJ.

Tahniah diucapkan kepada ahli KBKJ yang mendaftar menjadi sebahagian daripada Ahli Alam Sekitar Johor. Sudah sememangnya menjadi objektif KBKJ untuk memelihara alam sekitar dengan cara membudayakan aktiviti berbasikal.





Sebahagian dari Basikal peserta yang turut
serta didalam aktiviti berkenaan


Datuk Bandar Johor Bahru dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar
mengambil peluang untuk mencuba sendiri menaiki Basikal Lama


Datuk Bandar dengan riak muka yang gembira.
(dimaklumkan Datuk Bandar sendiri mempunyai sebuah basikal lama)



No comments:

Post a Comment