DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Friday, July 6, 2012

KAYUHAN ALAM SEKITAR JOHOR 23HB JUN 2012

Program kayuhan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru, telah diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Seperti tahun2 sebelumnya KSTJB telah mendapat undangan untuk menyertai dan seterusnya mewarnai program berkenaan. Seperti biasa juga KSTJB akan menjemput jiran kelab terdekat iaitu Kelab Basikal Antik Benut dan juga Kelab Basikal Tua Kota Tinggi untuk turut serta meramaikan program berkenaan.

Kayuhan pada pagi tersebut disertai oleh 300 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jenis basikal. Bagi pencinta sepeda tua, mereka tetap dengan identiti asal iaitu berbasikal tua. Walaupun antik dan tua kami tetap setanding dengan mereka yang rata-ratanya berjiwa muda. Terima kasih KSTJB ucapkan kepada rakan-rakan dari Benut serta Kota Tinggi yang sentiasa menyokong kami dalam meramaikan peserta dami memenuhi undangan dari mana-mana jabatan di Johor Bahru.




No comments:

Post a Comment