19hb.Mei.2012 ( Sabtu )
Hospital Pakar Puteri Johor telah menganjurkan program Kayuhan Sambil Riadah sejauh 9.4km. Program disertai seramai lebih kurang 160 orang peserta pelbagai basikal. KBKJ diberi penghormatan untuk membantu perjalanan program berkenaan. Program kayuhan tersebut bermula seawal 7.30pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Pelbagai acara sampingan diadakan sepanjang program berkenaan dijalankan. Diadakan juga pertandingan memasak oleh kaum wanita.
Beberapa orang wakil dari KBKJ dan juga Kelab Basikal Klasik Kota Tinggi telah menyertai program kayuhan tersebut. Walaupun penglibatan dari wakil basikal tua di Johor Bahru kurang menggalakkan tetapi semangat cintakan khazanah silam dan usaha untuk mempromosikan khazanah silam ke masyarakat umum amat dipuji. Bukan bilangan menjadi ukuran tetapi sokongan adalah keutaman yang perlu diberikan oleh para penggiat basikal tua khususnya di Johor Bahru.
Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil penggiat basikal tua yang bertapak di Johor Bahru kerana sudi meluangkan masa untuk turut serta didalam program anjuran (KPJ) tempuhari dan juga jutaan terima kasih kepada pihak pengganjur yang sudi untuk melibatkan sama kami dari KBKJ dan KBKKT. Walaupun bilangan yang sedikit, basikal tua tetap menjadi tumpuan dan perhatian para peserta dan orang ramai yang hadir di perkarangan hospital.
Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment