DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, May 19, 2011

KAYUHAN CABARAN TEH TARIK

Stok bulan nieKenangan buat CTT45Sehati Berdansa Siap sediaBig Brother AjidRare tuPasangan BahagiaOtai KBKJ Sekeluarga menyokong KBKJKerana sepedaSatu waja 3 karektor3 karektor satu wajahTingginya basikal nie..Otai dan orang kuat KBAB Masih lagi sempat repair.Puan Zana. Sekeluarga menyokong KBKJkenangan CTTBangan lupa F&N..bang!KBABPasangan sejoli

KAYUHAN CABARAN TEH TARIK, a set on Flickr.

Kalau pilih basikal mesti lah yang ORI..!!!minum teh..mestilah dengan F&N..barulahhh..oriii....

17hb Mei 2011, seramai 35 orang peserta telah menyempurnakan satu tugasan dalam mempromosikan sepeda tua dan juga Kelab Basikal Klasik Johor kepada masyarakat Malaysia. Gabungan diantara KBKJ dan Kelab Basikal Antik Benut (seramai 8 orang ). Penggambaran bersama Production Cabaran Teh Tarik dimulakan dengan kayuhan pada jam 9 pagi secara beramai-ramai dari Taman Universiti Skudai Johor dan berakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini Skudai Johor dan berakhir semula ditempat pelepasan. kayuhan dianggarkan sejauh 24km pergi dan balik. Walaupun kebanyakan peserta kelihatan letih tetapi diraut wajah mereka tetap tergambar wajah keriangan kerana satu misi mengetengahkan sepeda tua telah sempurna.

Beberapa rakan sepeda telah ditemuramah oleh pengacara Cabaran Teh Tarik iaitu Sdr.Shafiq. Topik perbualan berkaitan dengan kelab dan juga aktiviti serta Teh Tarik khususnya.

Keseronokan dapat dilihat pada raut wajah Pengacara Sdr.Shafiq kerana inilah pengalaman pertama beliau berkayuh beramai-ramai menaiki basikal tua yang sebelum ini beliau hanya melihat Atok beliau sahaja yang menaiki basikal tua ketika beliau masih dialam kanak-kanak.

Jutaan terima kasih kepada KBAB kerana sudi untuk meramaikan kayuhan pada pagi tersebut. Sebelum ini KBKJ sendiri telah menerima jemputan dari KBAB untuk turut serta didalam penggambaran program AMEKAW yang diadakan dibenut pada 15hb Mei 2011 yang lalu.

Kerjasama dan saling bantu membantu akan membuatkan kita terus kukuh didalam merealisasikan objektif dan matlamat penubuhan kelab basikal tua ini. Bukanya populariti yang menjadi keutamaan tetapi hubungan dan ikatan silaturahim menjadi nadi utama. Saksikan kedua-dua program yang melibatkan basikal tua didalam pembikinanya.

No comments:

Post a Comment