DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, June 7, 2010

KAYUHAN 2 NEGARA ( K2N ) MALAYSIA INDONESIA - DI MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA











Sebahagian sahaja foto yang dapat dipaparkan disini foto-foto lain bakal menyusul
untuk melihat foto lain dalam paparan yang lebih menarik


Salam Hormat dan Salam Sepeda.

Penantian Kayuhan 2 Negara (K2N) di Bandaraya Melaka Warisan Dunia akhirnya kunjung tiba. Tanggal 6hb June 2010 terlakar satu sejarah dimana satu kayuhan telah diadakan di Melaka yang melibatkan sebilangan besar pemilik sepeda tua dari Malaysia dan Indonesia. Kayuhan sejauh 12km di Bandar Melaka telah pun berlalu , kini hanya tinggal kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan buat semua peserta kayuhan K2N. Dari Selatan hingga Utara mereka datang dengan satu semangat untuk mempereratkan hubungan diantara pencinta sepeda tua di Malaysia dan Indonesia.

Kepada penganjur bersama Kayuhan K2N iaitu KBTBB,KOSTI dan Kerajaan Negeri Melaka, tahniah diucapkan atas penganjuran kayuhan yang cukup besar pernah diadakan di Malaysia. Apatah lagi melibatkan peserta dari Negara Jiran Indonesia. Kepada rakan-rakan dari Indonesia ( KOSTI ) yang diketuai oleh Pak Dimas, tahniah KSTJB ucapkan dan jutaan terima kasih atas kunjungan kalian ke Melaka. "Melawat Melaka bererti melawat Malaysia " kata YAB Datuk Seri Menteri Melaka. Berkayuh di Melaka bererti berkayuh di Malaysia. Pastinya pengorbanan masa dan wang ringgit kalian telah terbalas dengan acara yang direncana oleh KBTBB. Kami seronok bersepeda bersama kalian terutama apabila dapat berjumpa dan berkenalan dengan Pak Alex, Pak Chandra,Pak Dimas dan kalian semuanya.

Terima kasih yang tak terhingga juga kami ucapkan kepada KBTBB kerana menjemput kami untuk turut serta dalam kayuhan K2N dan juga layanan yang diberikan sepanjang kami berada disana, terutama nya kepada Sdr.Ikhwan dan isteri, Sdr.Jebat ( paling sibuk kami nampak ) dan juga seluruh AJK pelaksana. Untuk seluruh peserta kayuhan K2N dari Malaysia tahniah diucapkan atas kerjasama yang diberikan sepanjang kayuhan berjalan. Anda semua cukup "sporting", seronok berkayuh bersama anda semua.

Kepada rakan-rakan Sepeda dari , Kelab Sepeda GETUAS, Basikal Klasik Pulau Pinang, Pemilik-pemilik basikal dari Negeri Perak (Taiping, Ipoh & Batu Gajah), Rock 7 & Anjung Sepeda Klasik dari Sijangkang, Port Swettenham Classic Bicycle (PSCB), Pemilik basikal dari Negeri Sembilan, Kelab Basikal Klasik Melaka, Pemilik-pemilik basikal dari Negeri Melaka, Kelab Basikal Klasik Muar, Pemilik Basikal Tua Chaah, Labis, Segamat (PECHAL) terima kasih dan tahniah dari kami kerana turut serta menjayakan program K2N. tanpa kalian semuanya sudah pasti program berkenaan tidak dapat direalisasikan.

Buat rakan-rakan sepeda dari KBTJB terutama SDR.MOHD YAZID BERAM, SDR. NORHATA, SDR KHAIRUL ANWAR, SDR. MUHD.FALIQ, SDR. ROSLI JA’AFAR, SDR. MOHD YAZID BERAM, SDR.ABU BAKAR MD KHALID, SDR.MURUGAN A/L ARUMUGAN, SDR.MOHANDAS A/L DARMAN, SDR.KARUPPIAH NADAR, SDR.SUHAILI ALIP, SDR.AHMAD SAIFUDDIN ABDULLAH, PN.NOR ALIAH TALIB, ADIK PUTERA NOR ALIFF, SDR.MOHD AZHARI MD AMIN, dan SDR.AMBOK TANG PALIMAN, tahniah dan terima kasih diucapkan kerana anda sudi meluangkan masa untuk turut serta bersama KBTJB berkayuh di Melaka. Saya bagi pihak pengurusan KBTJB memohon maaf diatas segala kekurangan seperti penginapan, makan minum dan juga layanan dari sesama ahli. Saya berharap kepada mereka yang pertama kali berkayuh bersama, terutama En. Mohd Nor berserta isteri dan anak, En Hata, En.Suhaili dan 2 orang rakan, En.Mohandas dan En.Shanmugasundram tidak akan serik untuk terus berkayuh bersama KSTJB pada aktiviti-aktiviti akan datang.Tahniah juga kepada Mr. Karu selaku Event Manager pada kayuhan kali ini, kredit KSTJB berikan kepada anda.

Khusus untuk Architorture.blogspot.com dan Sdr.Azahari terima kasih yang tak terhingga KSTJB ucapkan diatas sokongan dan kesudian kalian berdua untuk turut serta bersama-sama menjayakan program K2N. Tiada balasan yang dapat kami berikan kecuali ucapan terima kasih yang tak terhingga dari seluruh warga KSTJB. Kami juga ingin memohon maaf diatas segala kekurangan dari kami semua.

Kepada penggemar seni fotografi dan seni grafik sila layari :
Architorture flickr ( paparan seni fotografi hasil dari Kayuhan 2 Negara dan lain2 seni fotografi. Paparan seni fotografi K2N akan diuploadkan secara berperingkat bagi memberi peluang pelawat flickr beliau menatap seni Sepeda Tua, tuan-tuan boleh melakukan muat turun gambar berkenaan dengan izin terlebih dahulu dari beliau )

2 comments:

  1. salam sepeda semua, terima kasih kepada anda semua yg sama2 menjayakan program tersebut, penat berkayuh tidak dirasakan apabila bersama kalian semua....

    ReplyDelete
  2. I would maintain that thanks are the highest form of thought, and that gratitude is happiness doubled by wonder for giving me an opportunity to be part of the event.

    ReplyDelete