DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, March 3, 2010

BAHAN KAYUHAN PUTRAJAYA 2

Salam Hormat Untuk Semua..

Bahang Kayuhan Putrajaya 2 masih hangat di dada blog rakan-rakan sepeda. Terutama blog sepeda tua yang turut serta didalam kayuhan tersebut. Memang jelas keseronokannya ( bagi yang turut kayuh le..!!) tambahan dengan bilangan peserta yang begitu ramai.

Penulis KSTJB dapat merasakan keseronokan tersebut walau hakikatnya "den" tak kayuh sama. Tapi kerana jiwa sepeda tua tu ada dalam diri kita so mahu tak mahu tak boleh lagi dari merasakan syoknya.

Bagi Mr. Karu jangan cerita ler. Tentu sekali banyak cerita dan pengalaman yang menarik yang diperolehi. KSTJB juga ingin berkongsisama keseronokan tersebut dengan rakan-rakan sepeda tua yang singgah ke blog ini. Seluruh ahli KSTJB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepad KBTBB selaku penganjur kayuhan tersebut kerana sudi menerima dan melayan wakil kami (Mr.Karu) sewaktu menyertai Kayuhan Putrajaya 2 baru-baru ini. Begitu juga dengan lain-lain kelab yang turut serta pada hari berkenaan. Untuk Mr.Ikhwan, Thanks so much bro. Untuk Mr.Karu gambar-gambar tu emailkan kat KSTJB. TQ.


Memang best ler Mr. Karu.


1 Malaysia + Klasik = Unik

1 comment:

  1. Terima kasih buat KSTJB.

    Alhamdulillah ada wakil KSTJB yang datang ke AKP2 iaitu Mr. Karu...walaupun 1 wakil kita tetap highlightkan nama2 kelab yang hadir. Sekurang2nya masyarakat tahu kewujudan kita dan masih mempertahankan hobi ini. Ini adalah kesimbungan kepada acara AKP1 dan diharapkan akan ada pula AKP3 pada tahun 2011.

    Insyaallah tahun pada 2010 kita akan cuba sedaya upaya membawa hobi "basikal tua" ini ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Kita buktikan kemampuan dan penyatuan "basikal tua" boleh memberikan KESAN dan KEBAIKKAN kepada peminat & pencintanya.

    Minda kita sudah terlalu lama terbelenggu dgn "cara permainan lama" iaitu lebih bersifat "material" (kebendaan) daripada kerohanian (silaturahim & persahabatan). Kita perlu "harmoni" kan hobi ini untuk bersatu dan bersama-sama memajukannya.

    Kita sebenarnya sama-sama saling perlu dan memerlukan. Hanya kita yang ada inilah yang sepatutnya memberikan "nyawa" agar ia terus hidup daripada terus "koma". Harapan aku, akan lebih banyak kelab-kelab baru yang akan muncul menyokong "basikal tua" di masa hadapan. Pertarungan siapa HEBAT sudah TAMAT.

    TK...KSTJB.

    BM

    ReplyDelete