DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, February 17, 2010

MR KARU DIKAYUHAN PUTRAJAYA 2

Salam Hormat Untuk Semua....
Bahang Kayuhan Putrajaya 2 masih kuat dirasai oleh mereka yang dapat dan berpeluang mengikuti kayuhan di sana. KSTJB turut merasainya walaupun hanya melihat gambar diblog rakan sepeda dan juga didada akhbar tempatan.

Melihat dari gambar disebelah penulis dapat meneka siapa gerangan penunggang sepeda yang berbaju traditional India. Sudah pastinya beliau adalah Mr.Karu dari KSTJB. Kalau tak silap pengamatan penulis, hanya di KSTJB sahaja yang mempunyai beberapa orang ahli dari kalangan bangsa India ( perbetulkan jika statement penulis silap ). Walaubagaimanapun Tahniah KSTJB ucapkan kepada Mr.Karu kerana dapat meluangkan masa dan turut serta dalam event tersebut. Mudah untuk berkenalan dengan beliau dan beliau sendiri cukup peramah serta mudah mesra dengan sesiapa saja. Tidak lupa juga sekalung tahniah buat KBTBB dan BM yang berjaya menganjurkan aktiviti Kayuhan Putrajaya 2 dan dapat menarik lebih ramai penyertaan berbanding penyertaan tahun sebelumnya.

1 comment:

  1. Kalau lebih ramai ahli kstjb dapat turut serta tentu bertambah lagi kenalan dan peminat basikal tua. Apa pun di harap rakan-rakan disana dapat turut serta untuk AKP3 nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete