DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, December 16, 2009

MINI KARNIVAL RENGGIT - JOHOR

Salam Hormat untuk semua...
Oleh kerana Kayuhan Johor Bahru terpaksa di tunda, KSTJB telah mendapat jemputan dari PERSATUAN PENGGERAK WARISAN RENGGIT, JOHOR bagi tujuan mempromosi Sepeda Tua kepada umum khususnya penduduk Pekan Renggit Johor. Menurut tentatif program berkenaan KSTJB dikehendaki mengadakan pameran pada jam 4.30 pm hingga jam 5.30pm.

KSTJB ingin mengambil kesempatan dari program berkenaan bagi mengadakan kayuhan sekitar Pekan Renggit dari jam 6.00pm hingga 7.00pm. Setidak-tidaknya terubat juga hati yang duka seketika. KSTJB juga ingin mengambil kesempatan disini untuk menjemput rakan-rakan basikal tua yang berhampiran dengan Renggit seperti Kelab Basikal Antik Muar, Kelab Basikal Antik Batu Pahat dan juga Kluang yang sudi untuk turut serta dalam program berkenaan. Kepada raka-rakan KBTBB juga dijemput untuk turut serta.

Karnival tersebut akan berlanjutan sehingga jam 11.00 malam. Pada malam berkenaan akan diadakan beberapa program oleh penganjur, diantaranya seperti Cetusan Evolusi oleh Man Kidal, Persembahan Kesenian ( Rock Tradisional ) dan beberapa lagi acara yang di rancang oleh Penganjur.

Untuk maklumat lanjut, rakan-rakan sepeda boleh terus menghubungi Sdr.Omar Bin Bachok di talian 012-7317672 untuk sebarang pertanyaan. Sdr Omar merupakan seorang yang aktif dan sedang dalam perancangan untuk mengadakan satu satu Hub Seni dan Warisan di Pekan Renggit, Johor. KSTJB amat mengharapkan penyertaan dari rakan-rakan sepeda terutama yang berhampiran.

Sila Hubungi :
En.Omar Bin Bachok - 012-7317672
Perunding/Penyelidik Pusataka Seludang Manggar;
Pengasas/Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Pontian;
Pengasas/Pengerusi Penaja Persatuan Penggerak Warisan Rengit
Ahli Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Pontian
Ahli Lembaga Muzium Tamadun Nusantara Pontian

No comments:

Post a Comment