DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, December 15, 2009

EKSPLORASI TROWONG MASA

Salam Hormat untuk semua.....
EKSPLORASI TEROWONG MASA.... nostalgia silam kembali semula.
KSTJB ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan basikal antik, sepeda tua dan yang sewaktu denganya.

KSTJB telah merancang untuk mengadakan kayuhan di Johor Bahru atau Pontian pada 27hb.Desember 2009 akan datang tetapi setelah beberapa perbincangan dan perjumpaan dengan beberapa pihak yang akan berkerjasama dengan KSTJB, mereka menyarankan supaya aktiviti tersebut di TUNDA pada tahun hadapan.

Saranan oleh pihak berkenaan KSTJB hargai dan munasabah untuk KSTJB menunda aktiviti berkenaan. Pihak terbabit akan membantu sepenuhnya sekiranya program tersebut diadakan pada tahun hadapan. Secara kebetulan keadaan laluan di sekitar Dataran Bandaraya dan Danga Bay sedang dinaik taraf, laluan tersebut kurang sesuai untuk dilalui ketika ini.

Sekali lagi KSTJB memohon maaf kepada semua rakan-rakan basikal tua terutama dari KBTBB, BM, Basikal Muar, Basikal Batu Pahat , Basikal Kluang dan lain-lain yang pastinya ternanti-nanti akan program kayuhan anjuran KSTJB di sekitar Johor Bahru. Kepada rakan-rakan KSTJB yang telah berusaha untuk menjayakan program tersebut diharapkan tidak putus asa dan akan terus berkerjasama dalam menjayakan program berkenaan di tahun hadapan. Tak lama
tu..bro.


No comments:

Post a Comment