DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, October 9, 2013

KAYUHAN GABUNGAN 5 NEGERI ( KG5)

Satu lagi event kayuhan yang diberi nama KAYUHAN GABUNGAN 5 NEGERI. Anjuran Kelab Basikal Melaka akan dilangsungkan pada 13hb Oktober 2013 akan datang. Kayuhan bermula dari Bachang hingga ke Melaka dan keseluruhan perjalanan sejauh 13km. Sebagai sebuah kelab yang sentiasa menyokong aktiviti-aktivit sepertinya, KSTJB akan menyokong dan sudah pastinya menghantar peserta untuk turut serta didalam event yang bakal berlangsung pada 13hb Oktober itu nanti. Kemungkinan KSTJB tidak dapat menghantar bilangan peserta yang ramai tetapi cukup dengan wakil beberapa orang sebagai tanda sokongan kami terhadap program yang dianjurkan oleh rakan sepeda yang lain. Kemungkinan besar kerana tarikh yang bakal diadakan program tersebut begitu hampir dengan sambutan Hari Raya Haji. Itu bukan persoalannya, tetapi kami faham dengan keadaan ahli-ahli yang telah berkeluarga dan mereka telah merancang untuk sambutan Hari Raya Haji. Kepada rakan-rakan KSTJB dan juga rakan-rakan sepeda yang lain, KSTJB mengucapkan selamat Hari Raya Haji dan kepada mereka yang bakal mengikuti program kayuhan di Melaka KSTJB mengucapkan selamat berkayuh serta selamat pergi dan balik. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kelab Basikal Melaka diatas penganjuran KG5 yang mana sudah pasti akan meninggalkan seribu kenangan kepada para peserta yang hadir dan turut serta didalam kayuhan tersebut.

Monday, October 8, 2012

Thursday, July 26, 2012

Perhimpunan dan Perarakan Basikal Tua Terbesar untuk dicatat di dalam The Malaysia Book of Record (MBR) pada 16 September 2012

] 
Salam Sejahtera dan Salam Sepeda Tua 1 Malaysia. Pertamanya tahniah kepada KBTBB kerana belum sahaja reda perbualan tentang NOBAT kini telah muncul satu lagi program besar yang di anjurkan bersama MYDIN iaitu Kayuhan dan Perhimpunan Basikal Tua untuk catatan Malaysia Book of Record. Ini merupakan satu lagi durian runtuh buat semua penggiat sepeda tua di Malaysia untuk sekali lagi berkumpul secara besar-besaran dalam memertabatkan nostalgia silam (sepeda tua).

Besarlah harapan kami di KBTJB untuk menyeru dan mengajak semua penggiat sepeda tua di Malaysia khususnya untuk sama-sama menyokong program yang bakal dijalankan ini. Tak kira siapa yang menganjur dan atas tujuan apa penganjuran ini dilakukan. Tapi apa yang penting adalah perhimpunan ini  akan mencatat satu lakaran sejarah yang amat bermakna buat penggiat sepeda tua. Sekurang-kurang kita telah berjaya membuktikan kepada Malaysia bahawa sepeda tua bukan saja bernilai buat kita tetapi ia dianggap unik kepada sesetengah pihak  dan perlu ditonjolkan kepada dunia dan Malaysia khasnya.

Sekali lagi syabas diucapkan kepada KBTBB kerana diberi kepercayaan oleh MYDIN untuk bertindak selaku moderator dalam menlaksanakan program yang cukup besar dan bermakna ini. InsyaAllah, kami akan sentiasa menyokong program-program yang dijalankan oleh mana-mana kelab basikal tua di Malaysia.
BUDAYA BERBASIKAL KHAZANAH TERPELIHARA






Tuesday, July 10, 2012

NOBAT 30HB JUN & 1HB JULAI 2012, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

117116112110106100
989695949391
90878684a8281
807877767372
Kayuhan terbesar buat sekian kalinya telah diadakan di Bandar Hilir Melaka yang di namakan Nostalgia Basikal Tua (NOBAT) anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) telah diadakan dengan jaya dan meriahnya. Perhimpunan penggiat basikal tua seramai 400 orang telah berkumpul bersama dalam kayuhan sejauh lebih kurang 12km sekitar Bandar Melaka. Peserta terdiri dari penggiat basikal tua seMalaysia dan juga dari negara jiran Indonesia.
Kayuhan telah berjalan dengan jayanya dan penuh dengan semangat rumpun Malaysia dan Indonesia. Pelbagai kaum dan agama berhimpun dengan satu semangat yang sama iaitu Nostalgia Silam Kekal Terpelihara. Penambahan pengisian dan penambahanbaikan telah dilakukan oleh pihak pengganjur telah dilakukan demi kepuasan dan keseronokan bersama. Tiada mengira agama dan aliran politik, masing-masing hadir dengan pelbagai ragam dan penampilan tersendiri demi menjayakan program yang besar ini. Sekalung tahniah harus diberikan kepada pihak pengganjur iaitu KBTBB dan juga para peserta yang hadir dari jauh maupun dekat. Wang ringgit, masa, jarak dan tenaga bukan lagi menjadi ukuran dalam memertabatkan basikal tua dimata masyarakat umum khususnya di Melaka. Pihak pengganjur iaitu KBTBB bukan lagi suatu kelab yang asing dikalangan penggiat basikal tua di Malaysia maupun di Indonesia, ianya merupakan sebuah kelab yang telah membawa nostalgia silam basikal tua ke mata dunia. Pelbagai program besar telah dianjurkan setiap tahun demi memenuhi kehendak penggiat basikal tua untuk berkarya dan mengukuhkan lagi silaturahim sesama mereka. Inilah masanya untuk penggiat seni ini bertukar-tukar pendapat dan menilai koleksi rakan-rakan dalam kotak pemikiran yang positif. Tiada perasaan ingin bertanding atau membedakan koleksi siapa yang terhebat. Semuanya hebat, kerana ianya koleksi basikal tua yang kian pupus dan sukar dimiliki. tahniah diucapkan kepada semua dan sekali lagi jutaan terima kasih kepada KBTBB kerana menyediakan flatform untuk kami semua berkarya. SYABAS KBTBB.